Tonggak Import Terengganu Akui Terima Tawaran Pasukan Lain Musim Depan

Pemain tengah sensasi Terengganu, Habib Haroon mengakui dirinya sudah mendapat beberapa tawaran daripada kelab lain untuk saingan musim hadapan.

Menurut Habib, setakat ini beliau masih sayang akan Terengganu dan menyatakan beberapa kelab dari dalam dan luar negara berminat untuk mendapatkan khidmatnya menerusi tawaran diberi.

Habib yang menyertai Terengganu pada musim lalu mempamerkan aksi yang cukup menyerlah bawah kendalian Nafuzi Zain, serta menjadi antara kunci penting kepada kejayaan kelab tersebut musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu membuktikan usia muda beliau tidak menjadi penghalang untuk dirinya menjadi jeneral utama buat Terengganu, selain bergandingan dengan begitu baik bersama seorang lagi import iaitu Manny Ott.

“Walaupun mendapat tawaran daripada pasukan lain dalam Liga Malaysia dan luar negara, tapi saya tidak mahu memikirkannya sebaliknya mahu fokus untuk saingan Piala Malaysia ini terlebih dahulu.

“Sejujurnya saya masih sayangkan pasukan ini (TFC), lagipun kami akan berjuang untuk Piala AFC musim depan.

“Insya-Allah untuk tahun depan jika tiada masalah saya kekal bersama TFC, tapi saya belum menandatangani kontrak lagi,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Habib mengakui motivasi beliau bersama rakan sepasukan lain berada dalam momentum terbaik selepas kejayaan mereka menumpaskan Sri Pahang dengan keputusan agregat 9-3.

Berdepan Kuala Lumpur City (KL City) pada malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Habib kini bersedia untuk berdepan cabaran pasukan lawan, walaupun sedar skuad kendalian Bojan Hodak itu merupakan juara bertahan Piala Malaysia.

Selain itu, pemain kelahiran Bahrain tersebut juga mengingatkan rakan pemain supaya sentiasa berwaspada akan taktikal lawan supaya mereka tidak menghadapi sebarang masalah.

“Setiap perlawanan kami anggap ia seperti aksi final, jadi kami perlu fokus satu persatu termasuk aksi suku akhir pertama pada Ahad ini.

“Kita tahu menentang juara bertahan bukan tugas mudah walaupun kami menang dalam kedua-dua perlawanan dengan kemenangan 2-0 dan 2-1 dalam Liga Super, tapi kita perlu hormati mereka.

“Jadi saya harap rakan sepasukan dapat beraksi seperti biasa bagi memastikan kami mampu membawa bekalan sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 12 November ini,” tambah beliau lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN