Tomislav Steinbruckner Perlu Dapatkan 70 Mata Untuk Terengganu Musim Ini?

Tomislav Steinbruckner

Amalan biasa dalam mana-mana pekerjaan adalah seseorang itu akan diberikan sasaran untuk menentukan dia berjaya menjalan tugas dengan baik atau tidak.

Ia adalah penunjuk prestasi utama atau key performance index (KPI). Dalam bola sepak juga tidak terkecuali, setiap pasukan baik jurulatih dan pemain turut mempunyai sasaran yang telah ditetapkan mereka setiap musim.

Ada pasukan yang menetapkan mesti menjadi juara liga, tidak kurang juga yang hanya mensasarkan layak ke saingan Asia atau menamatkan musim di zon pertengahan.

Tular di media sosial kebelakangan ini adalah sasaran yang telah diletakkan oleh Terengganu kepada pengendali mereka iaitu Tomislav Steinbruckner.

Pengendali dari Croatia itu sememangnya mempunyai tugas berat untuk mengulangi pencapaian Nafuzi Zain pada musim lalu yang berjaya menjadi naib juara Liga Super, finalis Piala FA dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dalam siaran yang tular di Twitter itu, terdapat satu dokumen yang mendedahkan sasaran KPI yang ditetapkan Terengganu terhadap Steinbruckner dengan jumlah mata yang perlu diperoleh untuk Liga Super menarik perhatian.

Steinbruckner ditetapkan oleh Terengganu untuk mendapatkan 70 mata dalam saingan Liga Super musim ini serta menduduki tangga kedua liga.

70 mata? Adakah ianya berasas? Atau sasaran yang sekadar mahu ‘membunuh’ karier Steinbruckner di Terengganu?

Jika diikutkan kepada sasaran, Terengganu meletakkan kutipan mata itu mengikut fasa setiap lima perlawanan.

Oleh itu, Steinbruckner perlu menang tiga perlawanan dan seri satu dalam setiap fasa yang terbahagi kepada tujuh fasa (setiap fasa ada lima perlawanan kecuali fasa tujuh yang ada cuma empat aksi sahaja).

Steinbruckner dan Terengganu kini berada di fasa ketiga selepas bermain 14 perlawanan. Setakat ini, mereka cuma berjaya mengutip 20 mata – kurang 10 mata daripada sasaran.

Oleh itu, Steinbruckner perlu mencapai semula baki kemenangan di fasa seterusnya jika tidak pengendali itu berdepan potensi kehilangan kerja.

Malah, Terengganu juga mengenakan potongan gaji jika Steinbruckner tidak berjaya memenuhi sasaran di setiap fasa.

Beliau berdepan potongan gaji sebanyak 15% jika gagal di fasa kedua dan 30% sewaktu fasa ketiga dan seterusnya.

Jelas sekali, pendedahan ini menunjukkan yang Steinbruckner berdepan cabaran sulit menggantikan Nafuzi dalam mengulangi kejayaan musim lalu.

Selain sasaran 70 mata dalam Liga Super, Steinbruckner turut diarahkan untuk membawa Terengganu ke setiap perlawanan akhir bagi Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Satu sudah pun gagal selepas terkandas di separuh akhir Piala FA, adakah masa Steinbruckner di Terengganu semakin berkurang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN