Tomislav Steinbruckner: Kita Tak Akan Amal Corak Permainan Bertahan

Pengendali utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner tampil dengan penuh keyakinan untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala FA musim 2024/2025 dengan sekali lagi menghadapi cabaran Selangor.

Pada aksi pertama lalu, sentuhan beliau berjaya memastikan Sang Penyu meraih kemenangan 3-2 mengatasi cabaran skuad kendalian Nidzam Jamil di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Walaupun meraih kemenangan, jelas penguasaan permainan sebenarnya lebih banyak memihak kepada Selangor dan hanya ketajaman serta ketenangan menjadi senjata utama Terengganu untuk meraih kemenangan.

Tampil dengan momentum positif kini, Steinbruckner menegaskan lebih awal mereka tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan demi mempertahankan keputusan lalu.

Pada pandangan Steinbruckner, Terengganu tidak memiliki sebarang kelebihan biarpun mempunyai perbezaan satu jaringan jika dibandingkan oleh Selangor secara agregat.

Disebabkan itu, beliau menuntut kepada para pemain untuk memberikan aksi terbaik sepanjang mengharungi tempoh 90 minit perlawanan di gelanggang lawan hari ini jika berkeinginan untuk ke pentas final.

“Saya ingatkan kepada pemain agar beraksi seperti biasa mengikut perancangan, pada masa sama kita tidak akan mengamalkan corak permainan bertahan kerana kelebihan satu jaringan tidak begitu besar.

“Tapi kelebihan tetap kelebihan kepada kami biarpun bertandang di tempat lawan, lagipun dalam aksi yang mendebarkan itu sudah pasti pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

“Jadi pesanan buat pemain cuba mencari jaringan awal, beraksi secara berpasukan serta menjaga emosi bagi memastikan impian untuk memburu tiket final tercapai selepas tersekat di peringkat yang sama pada musim lalu,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Sang Penyu juga dilaporkan terlepas khidmat pertahanan kental mereka iaitu Alif Zakaria kerana isu kecederaan telah dialami dan dinyatakan Steinbruckner masih belum sembuh untuk dibawa turun beraksi.

Walaupun begitu, Steinbruckner akui beliau tidak begitu bimbang kerana dirinya sudah memiliki pemain pengganti untuk menghadapi cabaran getir daripada Selangor.

“Alif terpaksa diketepikan kerana kecederaan buku lalinya, siapa yang bakal menggantikan posisinya kita sudah ada jalan penyelesaiannya, namun penyerang Ismaheel Akinade berkemungkinan besar akan disenaraikan jika dia pulih daripada kecederaan dan cergas.

“Bagaimanapun saya tidak begitu bimbang kerana pemain yang bakal diturunkan nanti mampu memikul tanggungjawab yang diberikan, saya harap pemain beraksi bagaikan pentas final,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN