Tomas Trucha Mahu Fokus Aksi Penang Bertemu Kedah, Belum Fikir Tempat Ketiga

Tomas Trucha Penang FC Melaka United risiko sebelah kiri

Pemburuan bagi mengukuhkan tempat ketiga Liga Super bukan menjadi matlamat utama Penang FC yang sebaliknya mahu meneruskan rentak kemenangan apabila bertandang ke Stadium Darul Aman pada Selasa bagi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Menghormati kekuatan tuan rumah yang pasti mahu bangkit selepas tewas 2-4 kepada Selangor pada Jumaat lalu, ketua jurulatihnya, Tomas Trucha, berkata, beliau hanya berikan tumpuan kepada persiapan sendiri tanpa memikirkan mengenai lawan.

Ditambah kehilangan tiga pemain utama iaitu Ryuji Utomo, Khairu Azrin Khazali dan Casagrande yang tidak dapat diturunkan, pengendali yang berasal dari Republik Czech itu tidak berselindung perancangan mereka banyak terjejas.

“Saya belum memikirkan dari segi itu bagi mendapatkan tempat ketiga jika kita menang dengan Kedah kerana banyak kali saya jelaskan kami hanya berikan tumpuan dari satu ke satu perlawanan.

“Buat masa ini saya rasakan pemain-pemain telah melakukan tugas dengan cemerlang walaupun perlawanan sebelum itu kami tewas 1-4 dengqn Selangor namun mereka bangkit untuk menang 2-1 semasa berdepan Melaka.

“Secara keseluruhan sepanjang musim ini, saya rasa kami telah buktikan banyak perkara dan harap kami mampu meneruskan rentak cemerlang ini sehingga penghujung musim.

“Saya tidak nafikan pasukan serba sedikit terganggu tanpa tiga pemain utama kerana penggantungan perlawanan, tetapi saya optimis pemain yang gantikan tempat mereka masih boleh membantu kemenangan pasukan.

“Situasi David Rowley juga masih saya pantau selepas tidak bermain dengan Melaka dan semuanya bergantung kepada situasi latihan terakhir yang kita akan jalani bagi menentukan sama ada dia boleh diturunkan,” katanya.

Ketiadaan Utomo di bahagian pertahanan dijangka akan digalas Abdul Latiff Suhaimi manakala David Rowley atau Fadhil Idris berpeluang diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi Khairu Azrin.

Sementara itu di posisi serangan, penjaring gol kemenangan Penang semasa berdepan Melaka, Sheriddin Boboev hampir pasti menjadi taruhan utama Trucha selain dibantu Endrick Dos Santos.

Penang FC yang kini berada di tangga ketiga berpeluang menjarakkan kedudukan dari Selangor dengan perbezaan lima mata jika mampu mengatasi Kedah selain merapati kedudukan Terengganu FC di tangga kedua melalui jurang tiga mata.

Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa buat Penang yang merupakan pendatang baharu Liga Super selepas muncul juara Liga Premier pada musim lalu.

Selepas berdepan Kedah, Penang akan terbang ke Kota Kinabalu bagi pertemuan dengan Sabah pada Ahad di Stadium Likas. – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN