Tomas Trucha secara tidak langsung mungkin memuji pengendali musim lalu yang kini penolongnya, Manzoor Azwira atas urus niaga pemain sebelum liga bermula.
Ditanya pihak media apa rahsia kekuatan Penang FC pada ketika ini, selepas menang mengejut 4-1 ke atas Terengganu FC, malam tadi, Tomas Trucha berkata tentang bagaimana di setiap posisi ada beberapa pemain yang bagus untuk bermain.
Penang yang turun tanpa beberapa pemain utama seperti Sam Somerville, Ryuji Utomo, Al-Hafiz Harun dan Khairu Azrin dijangka mungkin bergelut berdepan wakil negara ke Kejohanan Piala AFC 2021 itu, namun sebaliknya telah berlaku.
Tomas Trucha Berkunjung Ke Gong Badak Dengan Krisis Kecederaan https://t.co/x2dK38VVAr
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 29, 2021
Harimau Kumbang meledak gol seawal minit ke-8 menerusi penyerang, Sheriddin Boboev sebelum kapten, Endrick dos Santos menambah jaringan kedua untuk babak pertama berakhir dengan keputusan 2-0. Terengganu bangkit mengejar di babak kedua menerusi jaringan pemain sayap meningkat naik, Hakimi Abdullah.
Begitupun, ia hanya bertahan enam minit sahaja apabila Casagrande berhasil meledak dua gol dalam tempoh tiga minit untuk mereka meraih kemenangan pertama ke atas Terengganu selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2008.
“Mereka membawa masuk pemain-pemain yang cukup untuk setiap posisi. Ada sesetengahnya dua atau tiga pemain [untuk tiap posisi]. Semuanya [prestasi terkini] adalah tentang taktikal, karekter pemain dan urus niaga pemain yang baik.
“Karekter para pemain dan seperti saya katakan, urus niaga pemain,” tegas Tomas Trucha sekali lagi mengenai prestasi Penang yang berjaya menundukkan Terengganu walaupun kehilangan beberapa tonggak utama ketika berkunjung ke Gong Badak.
Penang FC 'Borong Sakan' Pemain Untuk Saingan Liga Super https://t.co/dfNBpxzHO4 pic.twitter.com/QSWbR9AK6T
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 19, 2020
Jika semua masih ingat, selepas meraih tiket ke Liga Super dengan menjuarai Liga Premier 2020, Manzoor Azwira dilihat ‘borong sakan’ pemain di jendela perpindahan.
Sejumlah 16 pemain baharu telah dibawa masuk Manzoor Azwira sebelum ketibaan Tomas Trucha untuk mengambil alih antaranya Danial Ashraf, Azwan Aripin dan Bryan See. Manzoor Azwira tidak dapat meneruskan tugas disebabkan ketiadaan lesen Pro AFC yang diwajibkan kepada pengendali pasukan di saingan Liga Super.
Pemain-pemain baharu dilihat berjaya menambah baik skuad Penang untuk saingan Liga Super dan antara pemain yang kian mencuri tumpuan pemerhati bola sepak tempatan kini adalah seperti Khairu Azrin, Sam Somerville dan Quentin Cheng.
“Ketika latihan kita beri fokus untuk pemain mengukuhkan posisi yang kita mahu mereka bermain. Seperti hari ini, kami telah sediakan Fadhil [Idris] agak lama untuk bermain sebagai pemain tengah bertahan. Mereka lakukannya hari ini,” tambahnya.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Tomas Trucha dan Manzoor Azwira:
Apa Rahsianya Perubahan Permainan Penang FC Ketika Tundukkan Sri Pahang?
‘Asyik-Asyik Casagrande’, Tomas Trucha Naik Jemu Persoalan Media
Pengaruh Besar 5 Pengendali Yang Bentuk Pendekatan Manzoor Azwira Di Pulau Pinang