Pengendali Penang FC, Tomas Trucha menafikan tindakan mengeluarkan Casagrande dan Endrick dos Santos adalah untuk memberikan lebih rehat kepada mereka untuk baki dua aksi Liga Super 2021.
Dalam pertembungan dengan PJ City di Stadium Bandaraya pada Ahad, Penang FC menundukkan PJ City dengan keputusan 2-1. Ia satu kemenangan yang amat berharga buat Harimau Kumbang.
Ini kerana, kekalahan Terengganu FC kepada KL City FC telah menyebabkan mata terkumpul Penang FC dan Terengganu kini terikat dengan 37 mata. Terengganu berada di atas berdasarkan perbezaan gol.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20#LigaSuper2021 pic.twitter.com/8pmwcO0iMK
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 29, 2021
Penang FC akan bertemu Sri Pahang dan Terengganu dalam baki dua aksi liga sebelum menutup saingan Liga Super musim ini. Jadi, adakah pertukaran pemain adalah untuk beri rehat yang lebih?
“Tidak [simpan mereka]. Kami sedang mendahului 2-1 dan perlawanan sedang menuju ke penamat. PJ City pula menambah tekanan dan kita perlukan pemain yang lebih segar di benteng,” ujarnya.
“Pertukaran pemain adalah perancangan pasukan. Kita perlukan pemain segar di benteng, beberapa pemain dilihat penat. Ia dilihat sangat membantu,” jelas Tomas Trucha dalam sidang media.
📹 HIGHLIGHTS: @fa_penang 2-1 @pjcityfc
Penang FC menang tipis ke atas PJ City FC hasil jaringan Casagrande dan Sheriddin Boboev pada babak pertama. P. Rajes merapatkan jurang gol pada separuh masa kedua.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/7YNHwBuG9n
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 29, 2021
Gol Casagrande di minit ke-4 dan ledakan deras Sheriddin Boboev di penghujung babak pertama sudah cukup untuk Penang FC menumpaskan PJ City, walaupun pelawat cuba bangkit dalam babak kedua.
PJ City meledak jaringan menerusi P. Rajes pada minit ke-63 untuk hanya mendekatkan jurang gol.
“Kita beruntung kerana mendapat gol kedua sebagai bekalan untuk 45 minit yang seterusnya. Kita gagal mendapatkan gol ketiga dan kita membenarkan PJ City FC mendapatkan gol atas kesilapan sendiri.
“Secara keseluruhan, saya lihat pemain agak gementar tetapi kita bermula dengan baik apabila meledak gol awal,” ujar Tomas Trucha lagi tentang prestasi anak buahnya dalam perlawanan tersebut.
Kekalahan 0-1 Terengganu FC di tangan Kuala Lumpur City FC selain kemenangan 2-1 Penang FC ke atas PJ City FC pada dua perlawanan Liga Super yang ke-20 pada Ahad menjadikan persaingan bagi merebut kedudukan naib juara Liga Super kian sengit.
Baca lanjut ⤵#LigaSuper2021
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 30, 2021
“Namun selepas 20 minit, kita memberikan ruang kepada PJ City FC untuk mencipta beberapa peluang menerusi sepakan sudut dan sepakan percuma,” ulasnya mengenai penurunan prestasi pemainnya.
“Mungkin pemain gemuruh kerana melihat keputusan perlawanan yang lain. Semua pasukan mahu mendaki tangga liga dan mungkin itu mempengaruhi usaha pemain saya pada malam ini,” jelasnya lagi.
Tomas Trucha dilihat mengeluarkan Casagrande dan kapten, Endrick dos Santos pada minit ke-84 dengan memasukkan beberapa pemain yang lebih segar dan hasilnya mereka berjaya meraih tiga mata.