Tomas Trucha Beri Pandangan, Adakah Ini Perlawanan Terbaik Penang FC?

Tomas Trucha Penang FC 2021 Perlawanan Terbaik

Ini merupakan pandangan pengendali pasukan, Tomas Trucha, adakah menang 2-0 ke atas Selangor di halaman lawan adalah perlawanan terbaik Penang FC?

Tidak mengatakan ini perlawanan terbaik, beliau menyatakan yang ini adalah aksi bertahan terbaik mereka selepas lima perlawanan. Penang FC menang dalam dua perlawanan – satu lagi berdepan KL United FC, seri dua perlawanan (Kedah Darul Aman FC, UiTM FC) dan tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bukan mudah turun berdepan dengan pasukan-pasukan ternama di Liga Super seperti JDT, Kedah dan Selangor dalam aksi awal Liga Super 2021 apabila meraih promosi selepas tiga musim Harimau Kumbang terbelenggu di saingan Liga Premier.

Namun, mereka tampil dengan agak baik dalam lima perlawanan pertama malah merekodkan antara bolos terkurang ketika ini iaitu tiga gol – kedua terbaik bersama Terengganu FC, selepas JDT yang hanya dibolosi satu gol setakat empat perlawanan.

Ini merupakan kemenangan kedua mereka selepas menang ke atas KL United pada perlawanan pertama dan mereka ketika ini menghuni kedudukan ke-4 liga. Ia mungkin sesuatu yang diluar jangkaan semua, tetapi mereka telah melakukannya.

Menjawab kepada persoalan media, katanya, “Aksi terbaik babak pertama adalah ketika berdepan KL United dan Kedah. Aksi terbaik babak kedua adalah ketika berdepan UiTM FC di mana kita melakukan 23 hantaran lintang, jumlah yang hebat.”

“Dan hari ini, segalanya adalah tentang pertahanan kami,” ulasnya mengenai persoalan itu sambil berkata yang skuad Penang sebenarnya kuat, namun berdepan dengan masalah menyudahkan peluang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Casagrande adalah masalah utama buat Harimau Kumbang setakat ini apabila masih tumpul dalam menyudahkan peluang terhidang dan dalam aksi bertemu Selangor ini, beliau sekali lagi gagal mencetak gol walaupun memiliki peluang keemasan.

Casagrande hampir membuka jaringan gol untuk perlawanan ini pada minit ke-36, namun percubaan lemahnya telah berjaya dikeluarkan oleh pertahanan tuan rumah di atas garisan gol. Gawang yang terbuka telah disia-siakan oleh Casagrande.

Sebelum ini, dalam aksi bertemu UiTM FC di Stadium Bandaraya, penyerang berusia 34 tahun itu melepaskan dua peluang boleh gol untuk membantu Penang memenangi aksi tersebut dan menurut Tomas Trucha, beliau sudah buat yang terbaik.

Sementara itu, ulasnya mengenai kemenangan malam tadi, “Pasukan ini kuat. Mereka mengikut perancangan pasukan pada malam ini. Selangor adalah pasukan yang hebat dan tersusun serta memiliki pemain-pemain yang bagus. Kami sudah bersedia.”

“Kami tahu bagaimana mereka mahu bermain dan kami cuba mengurangkan kekuatan mereka dan seperti yang saya katakan, sebelum ini kami gagal menjaringkan gol, malam ini, kami berhasil meledak gol,” ujarnya mengenai perlawanan malam tadi.

“Kami mencipta peluang sebagaimana perlawanan sebelum ini, tetapi kami gagal menjaringkan gol. Hari ini kami pastikan daripada tiga peluang boleh gol, kami menyempurnakan dua peluang. Itu adalah 75 ke 80 peratus keberkesanan.

“[Saya puji] Semangat melawan yang tinggi, permainan berpasukan yang bagus dan menyudahkan peluang yang diperolehi. Kami gagal menyudahkan peluang dalam aksi berdepan Kedah dan JDT, jadi mereka melakukannya pada hari ini,” ujar Tomas Trucha.

Kali terakhir Penang menewaskan Selangor di laman lawan adalah 15 tahun lalu, menang dengan jumlah jaringan yang sama menerusi Farizal Rozali dan Mat Saiful Mohamad dan kali ini, Al-Hafiz Harun dan Danial Ashraf pula mencetak jaringan.

Itu adalah pandangan Tomas Trucha dan bagaimana pula pandangan para penyokong Penang FC, adakah perlawanan ini merupakan yang terbaik setakat ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel lain mengenai Tomas Trucha dan Penang FC:

Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan

Casagrande Atau Sheriddin Boboev, Penang FC Perlu Buat Keputusan

Penang FC ‘Borong Sakan’ Pemain Untuk Saingan Liga Super

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN