Bianconero ataupun Bianconeri, itulah gelaran Juventus sejak beratus tahun lamanya selain daripada zebra ataupun La Vecchia Signora (The old lady).
Perkataan Bianconeri membawa maksud, hitam-putih, warna ikonik Juventus.
Namun, tahukah anda bahawa warna asal kelab Juventus adalah merah jambu-hitam?
Hanya kerana seorang lelaki Inggeris yang terlalu rindu dan cintakan kelab yang dia sokong, dia telah menukar Juventus kepada hitam-putih ataupun bianconeri.
Sejarah ini agak pelik. Ini kerana biasanya hal tukar menukar warna kelab ini dilakukan pengurusan, desakan peminat ataupun pemilik kelab.
Tetapi untuk Juventus ianya kerana ‘racun’ halus oleh seorang lelaki Inggeris yang merupakan pemain mereka.
Warna merah jambu-hitam
Pada awal penubuhannya 1897, mereka mengenakan baju merah jambu dan tali leher hitam.
Namun selepas itu, mereka menggunakan jersi merah jambu-hitam, kerana penggunaan tali leher dalam padang sudah tak relevan.
Selepas beberapa kali dicuci, warna jersi Juventus ketika itu menjadi luntur. Lalu mereka mahu memesan set jersi baharu.
Ketika itu perkembangan merchandizing untuk kelab bola sepak boleh dikira tiada. Mereka mencari baju yang boleh dipakai lama kerana setiap pemain dibekalkan jersi terhad.
Kegilaan Tom Gordon Savage
Memang kena dengan namanya yang ada ‘savage’. Apa yang lelaki ini akan buat memang membuatkan pengurusan Juventus awalnya geram.
Tom Gordon Savage merupakan pemain Juventus berbangsa Inggeris. Beliau mencadangkan agar kelab itu menempah jersi dari England.
Tom Gordon Savage pernah bekerja dalam industri tekstil. Dan ketika itu England antara negara yang menghasilkan pakaian sukan yang sangat baik.
Lalu, kelab Juventus setuju dan mereka menempah dari sebuah kedai yang dicadangkan oleh Tom. Kedai itu berpangkalan di Notthingham, England.
Ketika menempah jersi itu, Tom telah menempah jersi dengan warna hitam-putih kerana berpendapat ia akan memberikan tuah lebih baik kepada pasukan Juventus.
Alangkah terkejutnya pengurusan Juventus melihat jersi yang sampai adalah berwarna hitam-putih dan bukannya warna kelab mereka merah jambu-putih.
Tom yakin jersi itu lebih cocok dengan kelab mereka dan akan membawa tuah. Pengurusan ketika itu yang kesuntukan masa terpaksa menggunakan sahaja jersi yang tiba itu.
Mereka sedikit marah namun pada masa yang sama kagum dengan kualiti fabrik jersi tersebut. Tambahan pula kekangan masa membuatkan mereka tiada pilihan lain ketika itu.
Tom sebenarnya mengubah warna itu kepada hitam putih kerana dia adalah peminat tegar kelab Notts County. Itu adalah warna rasmi Notts County.
Ini adalah gambar Notts County.
Jadi identiti Juventus
Lalu pada musim 1903, mereka pertama kali menggunakan jersi dengan rona hitam putih. Ternyata jersi itu memberikan tuah kepada mereka.
Hanya 2 musim bermain di Liga Itali, mereka berjaya menjadi juara Serie A buat pertam kali dalam sejarah mereka.
Penyokong pula menerima akan warna itu yang sinonim dengan kejayaan kelab itu. Ia adalah permulaan langkah kepada sejarah gemilang Juve sehingga ke hari ini.
Namun begitu, Juventus pernah mengeluarkan satu lagi versi cerita di mana, mereka terpaksa menerima stok gantian untuk jersi dari kedai jersi.
Juventus menyatakan yang mereka memang menempah jersi dari England atas bantuan Tom Gordon Savage yang menghubungi rakannya di sana.
Tetapi baju itu tak dapat disiapkan dan mereka mahukan jersi itu disiapkan juga kerana musim hampir bermula.
Lalu pengurus kedai telah menggantikan jersi itu dengan jersi Notts County ketika itu. Selepas itu, warna jersi Juventus yang utama adalah hitam-putih sehinggalah ke hari ini.
Walaupun ada 2 versi yang berbeza yang pasti, ianya adalah warna yang digunakan oleh Juventus secara ‘tak sengaja’ ataupun accidental kata orang putih.
Oleh kerana kejayaan gemilang dikecapi mereka dengan jersi itu, Juventus tidak pernah terfikir untuk kembali kepada merah jambu-hitam lagi.
Telah banyak kali Juventus mengeluarkan jersi yang ada warna merah jambu ataupun corak merah jambu untuk jersi ke-2 ataupun ke-3 mereka.
Pada 8 September 2011, sebagai memperingati peristiwa simbolik itu, Juventus menjemput Notts County dalam perlawanan persahabatan untuk pembukaan Stadium Juventus yang baru.
Perlawanan seri 1-1, hasil jaringan Luca Toni da Lee Hughes.
Ini adalah gambar keluarga Tom Gordon Savage yang menjadi tetamu jemputan VIP ketika itu.
Pada hari ini Juventus sudah memenangi lebih 30 Serie A, dan sudah menjulang kesemua kejohanan dalam sejarah kelab mereka termasuk 2 kejohanan UCL.