‘Tolong Kami, Bantu Kami’ – Perak FC Cari Penaja Untuk Selesai Isu Tunggakan Gaji

Perak FC Gaji
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pasukan Perak yang sedang terpalit dengan isu gaji tertunggak kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak termasuk pihak swasta untuk menjadi penaja dan pemegang saham pasukan.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamad dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan pihaknya kini sedang mengesan mana-mana pelabur untuk membantu pasukan tersebut meneruskan kelangsungan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Namun beliau menegaskan ianya mestilah dalam situasi menang-menang dengan erti kata lain pihak yang berminat itu hendaklah telus dan tidak memberikan syarat atau permintaan yang keterlaluan dari kerajaan negeri Perak.

“Kita masih lagi mengenai pasti pihak yang berminat, kerana kita mahu pihak yang betul-betul boleh uruskan,” ujar Khairul Shahril yang juga EXCO Sukan Perak itu.

“Ada yang bawa kertas cadangan, tetapi kita ahu yang telus, bukannya minta tanah dan sebagainya. Itu kertas cadangan yang dilihat tidak begitu adil kepada kami.

“Saya akan cari jalan sebaiknya. Saya tawarkan kepada mana-mana pihak untuk membantu menyelesaikannya, termasuk menjadi penaja dan membeli saham.”

Bagaimanapun pemerhatian di media sosial menyaksikan kenyataan Shahril itu dibidas oleh penyokong Perak kerana beranggapan kerajaan negeri seolah-olah mahu ‘memegang’ pasukan sedangkan ia bertentangan dengan dasar penswastaan.

Malah kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah Perak FC turut dipertikaikan kerana beliau mempunyai jawatan besar dalam kerajaan negeri dan tentunya dasar dan hala tuju pasukan akan dipengaruhi oleh keputusan ‘orang politik’.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad juga telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan menanggung lagi tunggakan gaji pemain kerana telah pun membelanjakan sekitar RM4 juta sebelum ini.

Menurutnya adalah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan kepada program pembangunan dan kebajikan bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.

Kredit Foto: FB Khairul Shahril Mohamed

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN