Benarlah kata pujangga, sebelum merasai nikmat kemanisan, ada pahitnya. Itulah gambaran bagi kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United selepas 12 tahun.
Sebelum ia menjadi realiti, bertebaran khabar angin mengatakan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu tidak mahu lagi kekal di Juventus dan telah bersetuju untuk menyertai Manchester City .
Sudah tentu ia tidak boleh diterima sama sekali tidak kira oleh penyokong dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan United. Ia merupakan satu ‘pengkhianatan’ yang besar jika berlaku.
Namun akhirnya sebaliknya yang berlaku, ibarat sireh pulang ke gagang, United dan Ronaldo telah mencapai persetujuan dan bakal kembali membuat kemunculan di Old Trafford.
This was honestly one of the best days on twitter! Come on united! Welcome back Ronaldo pic.twitter.com/gCEKhg6GdF
— Gabby's corner (@GabbyGlazers) August 27, 2021
Tetapi usaha untuk membawanya pulang sudah tentu tidak mudah. Antara individu yang memainkan peranan adalah bekas kapten United, Rio Ferdinand sendiri yang menghubungi ‘adiknya’ itu.
Ferdinand mendedahkan beliau menghubungi Ronaldo untuk menyakinkan bekas rakan sepasukannya itu agar tidak sama sekali menyertai Manchester City.
Baginya, penghijrahan ke Man City sama sekali tidak boleh diterima oleh mereka yang memiliki sentimen yang kuat dengan United.
“Sir Alex Ferguson pun akan rasa perkara yang sama. Semestinya dia tak sanggup lihat Ronaldo sarung jersi Manchester City, sama seperti sesiapa yang yang mempunya hubungan dengan kelab ini,” ujar Ferdinand dalam satu temubual.
“Jadi saya terus hubunginya dan bertanya, ‘apa yang berlaku? Cakap dengan saya yang awak sedang menipu. Saya juga sama seperti penyokong, semuanya sama [tak boleh terima Ronaldo ke Man City]. Tolong beritahu saya yang awak tak akan ke sana.’
“Tapi selepas pengumuman ini, saya gembira. Ini adalah yang terbaik. Kami dapat lihat beberapa pembelian hebat pada musim panas ini.”
Rio Ferdinand on the Cristiano Ronaldo deal:
"One thing I have to say is that the #mufc hierarchy, when they needed to move, there was no looking back. They performed perfectly at every step, every point. There was no looking over their shoulder." pic.twitter.com/TJgHpbTk95
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) August 27, 2021
Menurut laporan media British, United bersetuju untuk membayar €15 juta kepada Juventus tidak termasuk bayaran tambahan sebanyak €8 juta berdasarkan prestasi dan pencapaiannya dalam tempoh dua tahun ini.
Juventus dengan mudah dijangka akan memperolehi €20 juta dari keseluruhan perjanjian, kerana beberapa syarat bayaran tambahan dianggap begitu mudah untuk dicapai oleh Ronaldo berdasarkan reputasi yang dimilikinya.