‘Tolong Ambil Graduan AMD’ – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah meminta pasukan Liga Malaysia (Liga M) agar mendapatkan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan melatih mereka.

Syed Saddiq menjelaskan, bagi mengembangkan potensi mereka, pemain muda yang telah selesai menimba ilmu di AMD perlu melalui fasa baharu dengan pendedahan secara profesional bersama pasukan atau kelab yang beraksi di kancah tertinggi bola sepak negara.

Tambah Ahli Parlimen Muar itu lagi, beliau mula melihat perkembangan positif setelah beberapa pasukan Liga M mula menunjukkan minat untuk menyambar graduan akademi elit tersebut dan ianya baik untuk ekosistem bola sepak negara.

Syed Saddiq yang ditemui semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di Seri Kembangan, sebentar tadi berharap anak-anak muda tersebut dapat diberi peluang yang sewajarnya dan digilap sebaik mungkin sehingga menjadi permata negara yang amat berharga.

“Kita sentiasa menyokong hasrat pasukan yang berminat dengan khidmat mereka untuk mendapatkan tempat, memberikan gaji yang bermaruah dan dilatih sebaik mungkin bagi mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Kita lebih memandang perkara ini sebagai pelaburan jangka masa panjang.  NFDP tidak boleh berjaya kalau bergerak sendiri tanpa bantuan pemegang taruh yang lain jadi pasukan Liga M perlu mengambil inisiatif sebegini. Ini juga akan memberi faedah kepada pasukan juga.”

Beliau turut mengulas mengenai bayaran pampasan yang harus dibayar oleh setiap pasukan yang mahu mendapatkan graduan AMD seperti yang pernah dilaporkan oleh pihak media sebelum ini.

“Itu isu dasar jadi ia perlu dibincangkan dengan Jawatankuasa PEMANDU. Tetapi kita tidak mahu letakkan begitu banyak halangan kepada pasukan untuk mengambil mereka,” ujar Syed Saddiq.

Peguam undang-undang sukan Zhafri Aminurashid memaklumkan anggaran ‘harga’ pampasan yang perlu dibayar oleh pasukan yang mahu mendapatkan graduan AMD adalah dalam lingkungan AS$50,000 atau RM209,605 setiap seorang.

Ianya termaktub dalam peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membolehkan setiap akademi ‘menuntut’ pampasan latihan ke atas setiap pemain di bawah kendalian mereka.

Malaysia yang berada dalam Kategori Tiga berdasarkan ketetapan mengikut konfederasi dan kategori membolehkan akademi menuntut pampasan maksimum AS$10,000 (RM41,813) bagi setiap tahun.

Seorang pelatih AMD, Luqman Hakim Shamsuddin sebelum ini sudah pun dirisik oleh kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk dengan kontrak profesional selama lima tahun.

Tetapi Luqman akan berlatih bersama Cardiff City terlebih dahulu sehingga usianya genap 18 tahun pada Mac 2020, sebelum dibenarkan menyertai kelab Belgium tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN