Tok Gajah Uji Errol Stevens Dan Lee Chang Hoon Dalam Aksi Persahabatan Malam Ini

Juara Piala FA 2018, Pahang kembali beraksi di atas padang selepas berehat selama dua bulan apabila dijadualkan menentang UiTM FC malam ini di Stadium Darul Makmur dan Selangor United pada hari esok di Stadium MP Temerloh.

Perlawanan itu merupakan medan untuk menguji tahap kecergasan pemain sebelum menghadapi musim baharu Liga Malaysia dan juga menilai dua calon pemain import dari Jamaica dan Korea Selatan iaitu Errol Anthony Stevens dan Lee Chang Hoon.

Bercakap kepada Berita Harian, Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengesahkan tiga pemain utama yang beraksi dalam saingan Piala AFF bersama skuad kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh dan Safuwan Baharudin tidak akan beraksi malam ini.

“Norshahrul dan Sumareh baharu sahaja pulang mewakili skuad Harimau Malaya bagi kejohanan Piala AFF 2018 manakala Safuwan dijangka bersama skuad Tok Gajah minggu hadapan.

“Ketiadaan mereka tidak menjejaskan persiapan pasukan kerana saya lebih menekankan kepada barisan pemain tempatan untuk membentuk persefahaman,” katanya.

Tonggak Pahang, Norshahrul Idlan Talah menyumbat 4 gol dalam saingan Piala AFF FOTO: AZHAR MAHFOF

Pahang cari pengganti Patrick Cruz, Amutu dan Issey Nakajima

Mengulas mengenai calon pemain import yang bakal diuji malam ini, Dollah menjelaskan dua pemain ini perlu mempamerkan aksi terbaik mereka untuk mendapatkan tempat dalam skuad Pahang musim depan.

“Aksi persahabatan dengan UiTM dan Selangor United akan menentukan sama ada mereka diterima atau tidak.

“Pada masa sama, saya sedia menerima pemain import yang ingin menyertai Pahang kerana tiga pemain import musim ini iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima tidak dilanjutkan kontrak,” katanya.

Dua calon pemain import menjalani sesi latihan dengan skuad tok gajah. FOTO: Pahang FA

Errol Stevens merupakan penyerang skuad kebangsaan Jamaica dan beraksi dengan kelab Vietnam, Hai Phong selama 4 tahun dalam saingan Liga Vietnam. Sepanjang bersama Hai Phong, beliau berjaya menjaringkan 42 gol dalam 89 penampilan bersama kelab tersebut.

Manakala Lee Chang Hoon bukanlah asing dalam Liga Malaysia kerana beliau beraksi dengan pasukan Melaka United musim ini. Pemain tengah yang berusia 31 tahun ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan AFC Champions League bersama kelab K-League, Seongnam FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN