Tok Gajah Tekad Kekalkan Prestasi Konsisten Dalam Saingan Liga Super

Saingan Liga Super kembali bersambung mulai jumaat ini setelah hampir 3 minggu berehat untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Piala Airmarine dan kempen kelayakan AFC B-23.

Justeru itu, skuad Tok Gajah yang kini menghuni kedudukan kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap dapat meneruskan prestasi yang konsisten apabila bakal bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka pada hari Sabtu ini bertemu FELDA United.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata dalam Berita Harian, menjelaskan pasukannya tetap buru tiga mata penuh untuk memberikan saingan sengit kepada pendahulu liga.

“Namun, dengan jadual perlawanan yang masih panjang, skuad kendalian Dollah Salleh perlu mempertingkatkan lagi kualiti perlawanan.

“Pahang perlu memberi tekanan kepada lawan untuk memastikan kedudukan teratas liga menjadi milik pasukan selepas ini,” katanya.

FOTO: Pahang FA

Sejak kembali menjalani latihan 15 Mac lalu, skuad Tok Gajah hanya menumpukan kepada aspek kecergasan kerana tidak dapat mengadakan aksi persahabatan sepanjang tempoh rehat liga.

Ini kerana skuad Tok Gajah mengalami kekurangan pemain apabila lapan pemain menyarung jersi skuad negara dan tidak termasuk pemain yang cedera.

Suffian turut berharap pemain yang dilepaskan ke skuad kebangsaan bebas daripada kecederaan. Pemain Pahang yang menyarung jersi negara ialah kapten pasukan, Matthew Davies, Norshahrul Idlan, Mohamadou Sumareh dan Azam Azih bersama skuad Harimau Malaya manakala R Dinesh dan Faisal Abdul Halim dengan skuad Malaysia B-23.

Dua pemain import dari Singapura dan Indonesia, Safuwan Baharuddin dan Saddil Ramdhan turut dipanggil mewakili negara mereka.

“Saya percaya selepas mereka mewakili negara, komitmen mereka akan lebih mantap dan bertenaga,” katanya.

Bagi menghadapi cuaca panas yang melanda negara, jurulatih skuad itu, Dollah Salleh memendekkan sesi latihan harian pada waktu petang supaya mereka berada pada prestasi terbaik dan mengelak daripada mengalami masalah kesihatan.

FOTO: Pahang FA

“Setakat ini, sesi latihan berjalan dengan lancar dan pemain tidak menghadapi masalah kesihatan sama ada demam dan batuk kesan daripada cuaca panas.

“Sebab itu saya lewatkan sesi latihan pada waktu petang iaitu pada jam 5.30 petang hingga 7 malam berbanding kebiasaannya jam 5 petang berikutan cuaca panas yang melanda negara.

“Pada masa sama, saya nasihatkan pemain untuk memastikan mereka berada pada prestasi terbaik kerana Pahang akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 30 Mac ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN