Tok Gajah Sabar Pilih Import

Tatkala kebanyakan pasukan kini sedang rancak mempersiapkan pasukan masing-masing dengan pengumuman pemain import baharu untuk saingan Liga Malaysia 2020, Pahang FA pula mengambil langkah berjaga-jaga.

Sehingga kini skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh hanya telah mengumumkan pemain pertahanan, Herold Goulon yang kekal bersama pasukan itu dari musim lalu.

Khidmat Saddil Ramdani, Safuwan Baharudin dan Lazaruz Kaimbi telah ditamatkan. Status seorang lagi awang import, Dickson Nwakaeme turut masih menjadi tanda tanya walaupun pemain tersebut dipercayai sudah berada di Kuantan.

Pahang

Menurut pengurus Pahang, Mohammed Suffian Awang musim ini mereka harus berhati-hati untuk mengelak dari mengambil pemain import yang tidak mencapai prestasi terbaik mereka.

Jika berlaku, ia akan menyebabkan kerugian kerana pihak pengurusan terpaksa menamatkan khimat mereka lebih awal pada pertengahan musim.

“Kita tidak mahu pemain import yang ditandatangani kontrak gagal memberi impak kepada pasukan dan akhirnya terpaksa mendapatkan pemain import baru,” kata Suffian.

Ze Love bakal ‘hantui’ jentera pertahanan Perak.

“Kali ini kita mahu membuat pemilihan dengan lebih teliti kerana tarikh tutup pendaftaran pemain import berakhir pada pertengahan Mac depan.

“Setakat ini, barisan kejurulatihan yang diketuai ketua jurulatih (Dollah Salleh) masih menilai beberapa pemain untuk memperkuatkan jentera pasukan musim ini.”

Untuk rekod, pahang telah menamatkan khidmat pemain Brazil, Ze Lobe pada pertengahan musim lalu sebelum digantikan oleh Kaimbi.

 

 

Leave a Reply