TMJ Diberi Penghormatan Sebagai Pengucap Utama WFS Asia 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), selaku pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah antara individu yang diberi penghormatan untuk menyampai ucapan di World Football Submit Asia 2019.

World Football Submit (WFS) adalah satu perjumpaan dimana pemimpin-pemimpin utama industri bola sepak dunia bertemu untuk berkongsi idea membincangkan topik-topik yang berkaitan dan menjana peluang perniagaan.

Untuk WFS Asia 2019, ia akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 sehingga 30 April tahun hadapan.

Ini bukan pertama kali DYAM Tunku Ismail dijemput menyampaikan ucapan untuk berkongsi idea dan pengalaman beliau menguruskan JDT di WFS.

Baginda juga adalah antara panel utama yang diberikan penghormatan berbuat demikian di WFS 2016 dan 2018 yang diadakan di Madrid.

Bagaimanapun ini adalah pertama kali WFS diadakan khusus untuk rantau Asia.

Sumber: World Football Submit

Antara panel lain yang turut diberikan penghormatan untuk memberikan ucapan untuk berkongsi idea di dalam industri bola sepak dunia yang lain di WFS Asia 2019 ialah Presiden La Liga, Javier Tebas; Ketua Transformasi Digital & Inovatif FIFA, Luis Vicente; dan Ketua Pembangunan Perniagaan FC Barcelona, Jordi Camps.

Selain daripada TMJ, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah dua lagi rakyat Malaysia yang diberikan penghormatan untuk melakukan ucapan di WFS 2019.

Antara panel berprofil tinggi lain yang kerap terlibat dengan WFS ialah Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli; Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura; dan Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gil.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN