TMJ: “FAM Tiada Duit, Hilang Entah Ke Mana? Harimau Malaya Tiada Traveling Kit Dan Kurang Baju Latihan.”

TMJ mendedahkan bahawa FAM berdepan dengan kekurangan dana kritikal sehinggakan pasukan Harimau Malaya tidak mampu memiliki traveling kit.

Petang tadi berlangsung perjumpaan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama pengamal media, editor-editor sukan seluruh negara.

Credit: Football Association of Malaysia (Official) Facebook page.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan kerjasama di antara media dan FAM terutama dalam menyalurkan maklumat dengan lebih informasi kepada penyokong akan perkembangan terkini di FAM.

Ini adalah satu langkah penting untuk memastikan penyokong sentiasa faham akan situasi semasa bola sepak tanah air.

Di dalam sidang media berkenaan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyentuh beberapa perkara.

Baginda bertitah akan memberi kerjasama kepada pihak media akan situasi semasa di dalam FAM sepanjang pentadbiran Baginda.

Baginda juga menegaskan bahawa Baginda tiada masa untuk menerangkan dan menutup perkara-perkara yang berlaku sebelum perlantikan Baginda ke dalam FAM.

Credit: Football Association of Malaysia (Official) Facebook page.

Selain tidak mahu menyentuh perkara yang berlaku sebelum Baginda menyertai FAM, Baginda menegaskan bahawa fokus sekarang ialah untuk mencari sumber kewangan untuk FAM.

Hal-hal berkaitan hak penyiaran pasukan bertanding dan kelancaran pertandingan-pertandingan bola sepak di Malaysia.

Baginda turut mengaku bahawa kewangan FAM sekarang tidak berada dalam keaadaan yang sepatutnya dan membiarkan penyokong untuk menilai sendiri apa yang berlaku sebelum ini.

Ini termasuklah perjanjian dengan MP Silva berkenaan perjanjian hak penyiaran.

Satu pendedahan yang dinyatakan oleh Tunku Ismail dalam sidang media tersebut ialah berkenaan barangan sukan tajaan Nike yang hilang dari simpanan dan tidak dapat dikesan.

Oleh itu, Baginda menitahkan agar baju-baju pasukan kebangsaan dan kesemua barangan lain akan disimpan di Johor Military Force (JMF).

Tunku Ismail juga mahu semua pihak faham dan meletakkan diri di tempat Baginda dalam menguruskan FAM.

Credit: Football Association of Malaysia (Official) Facebook page.

Baginda menegaskan betapa pentingnya bola sepak Malaysia mempunyai perubahan pada struktur dan sistem agar kelancaran di FAM lebih lancar walaupun selepas pentadbiran Baginda.

Sidang media tersebut turut mengesahkan kontrak Mario Gomez masih di peringkat perbincangan.

Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden FAM pada 25 Mac yang lalu.

Setelah 9 hari di Wisma FAM, Baginda jelas serius dalam merevolusikan bola sepak tanah air.

Baca juga: Amri Yahyah Bakal Kembali Sertai Pasukan Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN