TMJ Tawar ‘Bantuan’ Sementara Tunggu Padang SNBJ Diselenggara

Walaupun sering dikritik dan dianggap tidak berjiwa patriotik dalam sesetengah kalangan penyokong bola sepak tempatan, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) tetap cakna akan skuad kebangsaan.

Terbaharu, TMJ telah pun menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang digunakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai gelanggang sendiri sebelum itu untuk kegunaan skuad kebangsaan.

Menurut TMJ, baginda telah pun mengadakan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh berkenaan isu penyelengaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Penyelenggaraan di stadium tersebut dijangka akan bermula pada Mac ini dan baginda telah menawarkan SSI sebagai pengganti sementara buat skuad kebangsaan untuk beraksi.

“Setelah berbincang dengan Menteri KBS Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yg akan bermula Mac ini, saya telah berjumpa dgn Presiden FAM untuk berkongsi ‘update’ & menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap.”

Pada tahun lalu, TMJ ada mengeluarkan kenyataan mengenai padang baharu yang bakal ditaja oleh baginda untuk SNBJ.

Apa yang ingin ditaja oleh TMJ, adalah jenis rumput baharu yang sama digunakan setakat ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) iaitu jenis Zeon Zoysia yang dilihat lebih lasak dan mampu menghadapi banyak perlawanan atau acara berbanding jenis ‘cowgrass’.

Dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tiger (JST) itu, TMJ menyatakan hasrat ingin menaja padang baharu untuk kegunaan skuad kebangsaan di SNBJ.

Nyata pemilik JDT itu tidak sekadar hanya bercakap kosong, apabila tidak lama selepas itu cek untuk menukar padang baharu sudah pun diluluskan.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menandatangani cek untuk padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac 2022  sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia. Syarikat padang dan krew penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim sudah bersedia untuk memulakan kerja,” lapor media JST di Facebook.

Seperti yang diketahui ramai, TMJ antara insan yang sangat lantang mengenai kualiti padang dalam negara. Baginda sendiri tidak segan untuk mengkritik perkara tersebut kerana padang yang baik mampu menghasilkan corak permainan lebih menarik.

Sebelum ini pun, segala kenyataan yang dikeluarkan TMJ tidak hanya seperti ‘cerita di kedai kopi’, sebaliknya baginda membuktikan sendiri dari segala percakapan tersebut kepada perbuatan.

Lihat sahaja hasil yang ada dalam pasukan milik TMJ iaitu JDT. Baginda berjaya menawarkan sesuatu yang sangat positif dalam masa beberapa tahun untuk menaikkan fasiliti kelab supaya para pemain mampu untuk berlatih dengan selesa terutama sekali mengenai struktur padang.

Untuk rekod, TMJ sendiri membenarkan skuad Harimau Malaya berlatih di pusat latihan Sri Gelam sebelum itu untuk kemudahan yang lebih baik agar pemain negara dapat berlatih lebih selesa dengan segala fasiliti yang lengkap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN