TMJ: “Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah Kerana KFA, Mungkin Ada ‘Jembalang Tanah’?”

Dalam sesi Face Off yang disiarkan secara langsung di laman JST dan Tifo Arena, TMJ menjawab persoalan yang diutarakan oleh peminat dari lama sosial yang mahukan penjelasan tentang pegambilan Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan.

Langkah FAM itu seakan-akan atas kepentingan peribadi TMJ yang mahu melihat pesaing JDT itu lemah. Selepas kehilangan Tan Cheng Hoe, Kedah seolah-olah tidak ada nafsu untuk menang.

TMJ dengan nada santai menjawab:

“Kenapa tak ada nafsu nak menang?”

TMJ turut mempersoalkan adakah pasukan atau kelab di Malaysia ini pernah memikirkan langkah untuk memastikan pemain dan jurulatih mahu kekal lama bersama mereka?

Mereka kadangkala tidak sedar, corak pengurusan mereka membuatkan para pemain dan jurulatih rasa tidak terjamin berada di sana. TMJ berkata:

“Adakah pasukan tersebut sudah melakukan perkara yang mencukupi untuk membuatkan pemain atau jurulatih mereka mahu kekal di sana?”

“Ketika dalam proses memilih ketua jurulatih baru, saya mahu seorang anak tempatan menjadi pembantu kepada jurulatih asing.”

“Jurulatih tempatan ini akan mampu membantu untuk berhadapan dengan karenah para pemain dan bola sepak kita.”

“Ada beberapa nama dalam senarai kami. Dan saya akui saya sukakan Tan Cheng Hoe. Kami keluarkan pekeliling untuk mana-mana jurulatih tempatan datang kepada kami sekiranya berminat.”

“Jadi, Tan Cheng Hoe telah datang ke rumah saya. Dia sendiri yang mahu meninggalkan Kedah untuk bekerja dengan organisasi di bawah pimpinan saya.”

TMJ juga menerangkan yang tiada isu ‘umpan’ dengan duit untuk menarik Tan Cheng Hoe. Jika benar beliau menawarkan gaji sehingga RM100,000.00 barulah ia dikira cuba menarik Tan Cheng Hoe dengan umpan duit.

Sebaliknya, TMJ memberitahu Tan Cheng Hoe yang FAM hanya boleh menawarkan gaji yang sama seperti yang beliau dapat di Kedah.

Tan Cheng Hoe bersetuju. Walaupun secara matematiknya, gaji bersih beliau di FAM akan lebih rendah berbanding dengan di Kedah kerana, KFA membayar cukai untuk beliau tanpa mengganggu gaji bersih.

Sebaliknya di FAM, badan bola sepak itu tidak menawarkan kontrak dengan butiran membayar cukai untuk jurulatih. Tan Cheng Hoe perlu membayar sendiri cukai itu.

TMJ menambah:

“Tan Cheng Hoe dapat gaji yang sama dengan beliau dapat di Kedah. Kedah bayar cukai untuk beliau dan FAM tidak.”

“Tan Cheng Hoe nak ke skuad kebangsaan kerana KFA tidak ada pelan jangka panjang yang meyakinkan beliau.”

Bagaimanapun, TMJ tidak pasti apa masalah KFA sehinggakan Tan Cheng Hoe memutuskan untuk meninggalkan mereka. Dan TMJ berseloroh meminta peminat bertanya sendiri dengan KFA.

“Mungkin ada jembalang tanah di dalam organisasi mereka,” kata baginda.

Pelan jangka panjang ini penting. Ini kerana, pasukan seperti Felda United, musim lalu dengan prestasi luar biasa. Tetapi bergelut pada musim ini.

TMJ turut memberikan contoh, kenapa pelan jangka panjang itu penting. Sebelum datang ke JDT, Shakir Shaari ditawarkan gaji RM50,000 sebulan daripada Selangor.

Namun pemain itu memilih untuk menyertai JDT yang hanya menawarkan gaji RM30,000 sebulan kepada beliau.

Salah satu sebab pengurusan gagal untuk menyediakan pelan jangka panjang adalah kerana pengaruh politik. Perubahan dalam struktur politik di sesebuah negeri akan mempengaruhi struktur FA negeri itu sendiri.

TMJ turut akur dengan budaya masyarakat Malaysia yang memang suka mencari salah orang lain apabil gagal dalam sesuatu tugasan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN