TMJ: “Tahniah Terengganu, JDT Dihukum Kerana Hilang Fokus, Jumpa Di Larkin”

Pemilik JDT, Tunku Ismail (TMJ) mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu selepas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

TMJ mengakui pasukan JDT berhak dihukum kerana hilang fokus dalam perlawanan walaupun menguasai lebih 70% perlawanan.

Baginda berkata:

“Lebih 70% penguasaan bola. (Sekali anda) hilang fokus anda terus dihukum. Itulah bola sepak.”

JDT menjadi pasukan yang sangat dominan dalam aksi di Terengganu semalam. Mereka mencipta banyak peluang gol namun malangnya agak tumpul di hadapan gol.

Jaringan kemenangan Terengganu adalah menerusi Abdul Malik Mat Ariff yang menyumbat masuk hantaran Kipre.

TMJ mengucapkan tahniah kepada Terengganu atas kejayaan mereka menewaskan JDT.

Naginda berharap para pemain JDT terus kekalkan kerja keras di dalam padang.

“Tahniah kepada Terengganu. Jumpa anda lagi di Larkin.”

“Untuk para pemain JDT, jangan putus asa. Teruskan kerja keras.”

“Ingat dalam hidup ini, ianya bukannya tentang bagaimana anda memulakan tetapi bagaimana anda mengakhirinya.”

Perlawanan separuh akhir kedua adalah pada 20 Oktober ini. Terengganu membawa bekalan 1 gol ke Larkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN