TMJ Sifatkan JDT Berada Di Landasan Tepat Selepas Mara Ke Liga Juara-Juara Asia

Morais

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan tempat mereka di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi saingan musim hadapan.

Mereka menjadi pasukan pertama negara layak ke kejohanan tersebut.

Dalam kemas kini terkini di laman JOHOR Southern Tigers (JST), Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan JDT kini telah berada di landasan betul apabila berjaya layak ke saingan tertinggi Asia itu.

“Kami berada di landasan yang betul (layak ke ACL).”

Namun begitu, TMJ memberikan gambaran awal mengenai situasi yang bakal dialami JDT sewaktu beraksi di ACL.

TMJ mahu penyokong JDT bersedia dengan situasi di mana JDT mungkin akan dibelasah teruk oleh gergasi Asia mahu pun hanya mampu seri sahaja.

“Nanti di ACL, JDT mungkin akan mengalami kekalahan teruk.”

“Mungkin (akan kalah) 6-0, 7-0, 8-0 atau sekadar seri. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh terjadi.”

TMJ mengakui soal menang atau kalah di ACL adalah perkara kedua dalam fikirannya, sebaliknya yang menjadi keutamaan adalah berjayanya JDT untuk mara ke saingan tertinggi Asia itu.

“Saya tidak nampak soal kalah atau menang dalam kejohanan ACL ini.”

“Tetapi apa yang saya boleh nampak adalah JDT beraksi di ACL. Ia merupakan kejohanan peringkat tertinggi di Asia.”

“Untuk sebuah kelab kerdil seperti JDT, layak ke kejohanan seperti ACL merupakan satu pencapaian yang tertinggi. Muktamad.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN