TMJ Selar Portal Yang Kononnya ‘Pakar’ Dalam Urusan Perpindahan Pemain

TMJ Syafiq Ahmad isu 2021

Tular mengenai kenyataan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang dikatakan ditujukannya kepada isu ditimbulkan Syafiq Ahmad.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik TMJ di Instagram Story selepas satu kenyataan yang dibuat oleh Syafiq Ahmad di laman Twitternya yang mungkin berkisar tentang peluangnya untuk kembali beraksi dalam skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad sebelum itu dilihat telah memuat naik ciapan malam tadi dengan kenyataan, “Seronok tengok kawan-kawan main bola.”

Kenyataan tersebut telah dibuat selepas JDT meraih kemenangan kelapan mereka, menewaskan PJ City FC 2-0 di laman lawan dan Syafiq Ahmad tiada dalam pasukan.

Untuk musim ini, penyerang berusia 26 tahun itu hanya tampil sekali bersama JDT iaitu pada April lalu ketika mereka menundukkan Melaka United 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau dibawa masuk di minit ke-90 menggantikan Leandro Velazquez.

Mungkin kenyataan TMJ itu adalah sebagai satu amaran kepadanya agar tidak melulu membuat kenyataan di media sosial sebelum merujuk kepada pihak pengurusan.

Ia bagi mengelakkan persepsi buruk kepada pasukan, malah kepada dirinya sekiranya kenyataan tersebut dipandang negatif oleh sesetengah pihak dan itu yang berlaku.

Insta Story TMJ JDT Syafiq Ahmad

TMJ turut dilihat menyelar beberapa laporan portal bola sepak dalam negara tentang kedudukan Syafiq Ahmad yang mungkin telah ‘mengganggu’ para pemainnya.

Menurut TMJ, “Para penyokong JDT yang tidak tahu cerita begitu cepat terikut dengan sentimen penyokong lain [tentang kekurangan minit permainan Syafiq Ahmad].”

“Laman-laman page bola yang kononnya pakar juga sama. ‘Loan’ player? Nak ‘loan’ ke mana jikalau jendela perpindahan sudah ditutup. Jikalau minit permainan begitu mustahak, pergi sertai PJ City dimana anda akan dapat bermain setiap perlawanan.

“Dalam JDT, siapa yang bekerja keras dalam sesi latihan dan beri persembahan terbaik akan diturunkan,” ujar TMJ sambil menegaskan ‘mereka’ cuba mengajarnya untuk menguruskan kelab yang semakin hampir dengan kejuaraan kelapan berturut-turut.

Ulas TMJ lagi mengenai isu itu, “Siapa yang nak cabaran dalam karier dan memenangi kejuaraan, ayuh datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, pergi sertai kelab lain.”

“Tidak ada orang yang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain sendiri,” ungkap pemilik kelab yang berpangkalan di selatan tanah air itu sambil menegaskan yang JDT bukanlah penjara atau kelab kebajikan sosial dan pintunya sentiasa terbuka.

TMJ turut dilihat meninggalkan pesanan buat Syafiq Ahmad, “Anda kerap bermain tahun lepas dan tahun sebelum itu tetapi selepas peristiwa pahit, anda sudah berbeza.”

“Kami beri masa, sokongan dan perhatian. Jikalau tidak berpuas hati atau setuju, datang berjumpa. Berkomunikasi, bukan tweet,” tegas TMJ lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, dalam kemaskini terbaru, Syafiq Ahmad telah tampil memohon maaf kepada semua yang terlibat termasuklah TMJ kerana ciapannya malam tadi.

Beliau mula menyarung jersi skuad Harimau Selatan pada 2018 dari Kedah dan telah mengecapi beberapa kejuaraan dalam Liga Malaysia bersama kelab tersebut.

Sementara itu, JDT kini berada di landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan kelapan Liga Super berturut-turut selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas PJ City, sekali gus menerajui tahta dengan 48 mata ketika liga berbaki tiga perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN