TMJ ‘Sekolahkan’ Laman Facebook Kedah

Adakah senjata kini makan tuan?

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberikan kenyataan balas kepada pasukan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan pentadbir laman Facebook Kedah yang dianggap memalukan.

Di laman Instagramnya, Tunku Ismail meminta Mukhriz menghantar pentadbir laman Facebook untuk dihantar ke kelas bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemahiran berbahasa demikian.

“Tolonglah hantar admin (pentadbir laman) ke kelas tambahan English.”

Tangkap layar dari Instagram Story milik Tunku Ismail terhadap Kedah

Awal hari ini, laman Facebook Kedah ada mengeluarkan hebahan mengenai promosi pelancaran jersi baharu mereka untuk musim 2020.

Tetapi tidak seperti kebiasaan, pentadbir laman Facebook mereka itu membuat keputusan untuk menyelitkan unsur banter dalam hebahan mereka terhadap JDT berbanding hanya mengumumkan acara itu secara biasa.

“Its’ coming.. Arizona? No. Girl? Sorry, not at home,” tulis Kedah di Facebook mereka.

Akan tetapi ianya kemudiannya diubah selepas itu.

“It’s coming.. Arizona? No. Girl? Sorry, just harmony.”

Namun begitu, tinjauan kami di laman Facebook Kedah kini mendapati status tersebut telah pun dipadam.

Dijangka Kedah bakal mengeluarkan hebahan mengenai majlis pelancaran jersi mereka yang berlainan dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN