TMJ: “Saya Bukan Jenis Berpura-pura Datang Stadium Untuk Bagi Sokongan”

Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini telah menulis di laman media JOHOR Southern Tigers mengenai keadaan yang berlaku ketika ini.

Baginda dipersoal kerana tidak hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad B-22 Malaysia yang kini sedang beraksi di Sukan SEA.

TMJ menjelaskan yang kehadirannya tidak perlu dipersoal, kerana baginda bukan seorang yang berpura-pura.

Saya tidak berminat untuk berpura-pura tunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan. Saya tidak perlu sokongan sebab saya bukannya ahli politik.”

Dalam masa yang sama TMJ juga mempersoalkan tindakan Kementerian Belia & Sukan dan menterinya iaitu Khairy Jamaluddin yang tiada apabila Liga Malaysia mengalami kesulitan.

Mana pergi individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan?”

Walauapapun saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami.”

TMJ juga menegaskan yang baginda telah banyak membantu bola sepak negara menerusi posisi beliau sebagai Presiden FAM.

“Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit. Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan.

TMJ juga menerangkan yang baginda kini sedang bercuti bersama-sama keluarga. Baginda juga semapt menyampaikan mesej kepada Encik Ibdillah. Siapakah beliau?

Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan cybertroopers awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang bos awak.”

Tiada sesiapa yang nak jatuhkan bos awak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN