TMJ Puji Semangat Juang Sabah, Kritik Pemain JDT Tidak Pamer Semangat Kesukanan

Di antara enam perlawanan pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia yang berlangsung pada malam tadi, pertemuan di antara Sabah FA dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah antara yang mencuri tumpuan.

Apa tidaknya, sejak sekian lama Stadium Likas tidak dipenuhi penonton, malam tadi ia menampilkan atmosfera yang berbeza di gelanggang keramat skuad Badak ini.

Menurut laman media sosial Sabah FA, sejumlah 21,000 tiket perlawanan yang dijual untuk perlawanan tersebut habis dijual pada sebelah siang sebelum sepak mula.

Antara perkara yang menjadi tarikan dalam perlawanan ini sudah tentu ialah prestasi baik skuad Sabah di saingan 100Plus Liga Premier setakat ini, diikuti oleh kunjungan lawan yang merupakan juara empat kali berturut-turut Liga Super Malaysia sebelum ini.

Hakikat bahawa JDT merupakan milik Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor (JDT) turut mengujakan penyokong Sabah yang rata-rata kagum akan kepimpinan dan sumbangan baginda kepada bola sepak negara.

Malah menjelang hari perlawanan, baginda turut mengeluarkan satu kenyataan bagaimana istimewanya negeri Sabah dan Sarawak buat baginda.

Keputusan perlawanan menentang JDT tersebut bagaimanapun bukanlah keputusan yang diharapkan oleh penyokong Sabah. Pasukan mereka tumpas 2-1 kepada lawan, walaupun mendahului terlebih dahulu dalam perlawanan yang diadakan selama 120 minit untuk menentukan pemenang.

Gol pendahulan pasukan Sabah dijaringkan oleh Lee Gil Hoon, sebelum JDT bangkit melalui jaringan Luciano Figueroa dan jaringan kemenangan Gabriel Cabrera di masa tambahan.

Namun kemenangan JDT itu turut mendapat kritikan oleh TMJ. Dalam satu muat naik melalui media sosial Facebook, TMJ dengan lantang mengkritik sebahagian daripada pemainnya yang cenderung melengahkan masa perlawanan, selepas mendahului.

“Saya juga ingin meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa pemain JDT yang cuba melengahkan masa perlawanan.”

“Pada saya, pengadil perlu memberikan kad kepada mana-mana pemain yang melengahkan masa perlawanan tidak kira mana-mana pasukan. Itu adalah penyakit di Malaysia yang perlu kita tangani dan hapuskan.”

“Sudah lama kita lihat apabila sesebuah pasukan yang sedang mendahului, mereka mesti cuba untuk membuang dan melengahkan masa.

“Saya berharap mentaliti seperti ini tidak perlu ada dalam bola sepak tanah air ini.”

Selain itu, Baginda turut memuji prestasi dan semangat juang yang dipamerkan oleh skuad Sabah yang berjaya menyukarkan JDT dalam perlawanan ini.

Selain daripada corak permainan melawan yang dipamerkan oleh pasukan Sabah, TMJ turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua penyokong Sabah atas layanan mereka sepanjang skuad JDT berada di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN