TMJ Perjelaskan Isu Ranking Harimau Malaya

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan komen baginda tentang penurunan ranking Harimau Malaya.

Malaysia hari ini jatu ke kedudukan ke-174 dalam ranking dunia, penurunan ke ranking paling teruk sejak Malaysia berada dalam ranking FIFA.

TMJ memberitahu, baginda sudah menjangkakan prestasi ini akan berlaku. Ini kerana, Malaysia berhadapan dengan pasukan seperti Lubnan dan Korea Utara dalam pusingan kelayakan Piala Asia.

Baginda meminta semua pihak menyemak semula arkib kenyataan baginda sebelum ini. Baginda mempersoalkan, adakah penyokong Malaysia sebelum ini benar-benar terfikir Malaysia akan menang ke atas Lubnan dan pasukan yang pernah beraksi di Piala Dunia, Korea Utara?

Baginda lebih kecewa apabila ada sesetengah penyokong yang menunggu kekalahan pasukan Malaysia hanya kerana mahu menghentam baginda sebagai Presiden FAM.

TMJ juga memberitahu, generasi bola sepak yang ada pada hari ini memang sudah tiada harapan. Baginda memberikan gambaran bahawa masa depan bola sepak Malaysia akan lebih baik.

Ini selepas prestasi pemain B-16, B-19 dan B-23 yang lebih baik. Baginda meminta agar tiada penyokong ‘meninggalkan’ pasukan Malaysia hanya kerana agenda peribadi dengan baginda sebagai presiden FAM dan pemilik JDT.

Baginda mengajak peminat untuk menilai apa yang sedang dihadapi oleh FAM sejak 10 tahun lalu. Tidak akan mereka mahu menyalahkan baginda yang baru di kerusi Presiden belum sampai setahun.

TMJ memberitahu, kini baginda perlu mencari apa masalah dalam bola sepak Malaysia dan kemudian baru boleh mencari solusi. Baginda memberikan perumpamaan:

“Seorang mekanik tidak akan dapat memperbaiki kereta jika dia tidak tahu apa masalah kereta itu. Dia kena cari dahulu masalah kereta tersebut.”

Baginda memberitahu, memang ada orang dalam FAM sendiri pun gembira dengan tekanan yang dikenakan ke atas baginda. Ini kerana mereka mahu mengawal FAM seperti dahulu dan ‘berkongsi kek’ sama-sama.

TMJ juga membidas sikap pemain yang sudah menunjukkan mereka dibangunkan daripada sistem bola sepak yang salah. Pemain tidak dididik lebih baik di peringkat akar umbi.

Ada pemain tidak mahu bermain untuk Malaysia kerana insentif. Mereka mempersoalkan jumlah insentif dan juga tarikh bayaran insentif tersebut. Lebih memeranjatkan ia melibatkan pemain B-23 juag.

Baginda berharap tiada pihak selepas ini menuduh baginda mahu merosakkan bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN