Akhyar Rashid mungkin sudah menjadi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sah, namun begitu isu mengenai beliau belum lagi selesai.
Bekas pasukannya iaitu Kedah masih lagi mahu mencabar keputusan ini dan ingin membawa hal tersebut ke mahkamah timbang tara sukan atau CAS.
Namun begitu, usaha itu dianggap sia-sia sahaja di mata Tunku Makhkota Johor (TMJ).
Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, TMJ mengatakan pihak pengurusan Kedah tidak faham akan peraturan yang membolehkan Akhyar berpindah dari pasukan tersebut ke selatan Malaysia.
“Mereka tidak faham peraturan dan hanya salahkan orang lain dalam isu ini.”
Kata TMJ lagi, pihak JDT hanya mendapatkan Akhyar selepas pemain itu telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pemain bebas atau free agent.
“Kami hanya mendapatkan Akhyar Rashid selepas pemain itu disahkan sebagai pemain bebas oleh pihak FAM. Jadi apa kesalahan kami dalam situasi tersebut?”
Dalam masa yang sama, TMJ mengatakan pengurusan Kedah tidak reti dalam menjaga pemain mereka dan tidak boleh berasa kecewa dalam situasi ini.
“Jika Safawi Rasid mahu tebus kontraknya dan tinggalkan JDT, saya akan terima dengan hati terbuka.”
“Saya tak boleh kecewa dengan beliau dan pasukan yang mahukannya kerana itu bermakna pemain itu tidak dijaga dengan baik sehingga mahu berpindah.”
“Saya hanya mampu salahkan diri sendiri kerana tak boleh jaga pemain saya sendiri.”
“Jika Kedah tetap mahu bawa isu ini ke CAS, teruskan.”