TMJ: “Teruknya Pengadil, Tak Pernah Nampak Dia Ini, Bagaimana Boleh Dipilih?”

TMJ ternyata terkejut dengan kualiti pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia yang disifatkan baginda sebagai mendukacitakan.

Beberapa keputusan pengadil telah mencetuskan perdebatan. Pengadil gagal mengawal perlawanan yang berprofail tinggi. Melayangkan 2 kad merah dalam perlawanan tersebut.

Peminat bola sepak Malaysia turut kecewa dengan mutu pengadilan perlawanan akhir.

Cadang pengadil import, Subkhiddin tak setuju

TMJ menyatakan yang baginda dan organisasi MFL sudah mencadangkan agar pengadil import digunakan dalam perlawanan penting.

Namun sayangnya Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tak setuju.

“Pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia hari ini sangat teruk.”

“Saya tak pernah melihat beliau (pengadil) dan terkejut kenapa dia dipilih untuk perlawanan akhir.”

“Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil import untuk perlawanan penting. Namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Subkhidin Salleh tak setuju.”

“Subkhiddin menyatakan ianya seakan-akan memperkecilkan (kualiti) pengadil tempatan.”

“Sebenarnya bukan begitu. Tetapi kerana kita perlukan bantuan. Anda boleh baca artikel MFL sebelum ini.”

“Bahkan Liga Thailand pun menggunakan pengadil luar untuk perlawanan penting. Kita boleh mengambil inisiatif serupa.”

Ketika ada peminat meminta agar disegerakan penggunan pengadil profesional. Ini jawapan TMJ:

“Ya, saya telah beberapa kali menggesa FAM dan MFL untuk mempercepatkan referee profesional.”

“Ia sesuatu yang harus dilakukan secepat mungkin. Saya menggunakan duit saya sendiri untuk menghantar 25 referee baru ke Jepun untuk kursus. Anda boleh sahkan itu dengan FAM.”

TMJ mengucapkan tahniah kepada Perak yang menjuarai Piala Malaysia dan berikrar, MFL akan memandang serius isu pengadilan dalam perlawanan bola sepak domestik.

Ini kerana Malaysia memerlukan kualiti pengadil yang lebih baik.

Ketika kami bertanya, boleh tak gunakan VAR di dalam Liga Malaysia musim hadapan, baginda menjawab memang teringin menggunakannya.

Tetapi masalah utama adalah kos terlalu tinggi.

“Sudah tentu boleh (kalau nak pakai VAR), tetapi kos dia RM2.4 juta. Dengan budget kita akan dipotong musim hadapan oleh Telecom kerana beberapa keputusan kerajaan.”

“Saya rasa kita tak berada di kedudukan yang baik untuk berbelanja (untuk VAR). Lebih baik menggunakan pengadil luar bekerjasama dengan pengadil tempatan.”

“Satu badan pengadilan bebas, buan di bawah FAM.”

Inginkan kediaman sempurna untuk bintang masa depan anda?
Adakah anda sedang mencari rumah yang mempunyai ruang luas untuk anak anda bermain dengan bolanya?

Adakah anda sedang mencari rumah yang berdekatan dengan stadium, kompleks sukan, sekolah dan akademi bola sepak untuk anak anda?

Jika ya, teres dua tingkat di Seremban berkonsepkan moden inilah yang anda cari!

Dengan keluasan 2,988 kps, lengkap dengan 4 bilik dan 4 bilik air, Irama Residensi SIGC memberikan anak-anak anda ruang yang selesa untuk mengasah skil ball mastery mereka.

Terletak strategik dan berdekatan dengan Stadium Paroi (1km), Kompleks Sukan Paroi (1.5km), Padang Bola Lorong Nuri 2 (1km), Sekolah Kebangsaan Paroi (2km), Pusat Tunas NFDP Negeri Sembilan (5km) dan Inspire Budakbola Junior Academy (10km), anak anda tidak akan terlepas daripada aktiviti-aktiviti pembangunan akar umbi bola sepak Negeri Sembilan yang sentiasa aktif!

Irama Residensi SIGC juga terletak berdekatan dengan Plaza Ampangan (3km), KIP Mart Senawang (6km), Giant Senawang (7km), Mydin Senawang (8km), Tesco Seremban Jaya (8km), Senawang Specialist Hospital (6km) dan Hospital Tuanku Jaafar (10km).

Akses ke Lembah Klang juga menjadi mudah dengan kewujudan lebuhraya seperti Plus dan LEKAS.

KLIK pautan di bawah untuk mula memohon kediaman ini sekarang!

:soccer: Irama Residensi SIGC
:soccer: Irama Residensi SIGC
:soccer: Irama Residensi SIGC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN