Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil memberi pandangan mengenai situasi padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dianggap berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Sebelum itu, Malaysia berjaya mencatat kemenangan bergaya 4-2 untuk mengatasi India bagi saingan Pestabola Merdeka 2023 sebelum melangkah ke final bertemu Tajikistan.
Terima kasih! 🐯
✅️ MALAYSIA 🇲🇾 4-2 🇮🇳 INDIAJumpa di Bukit Jalil, Selasa ini!
Final Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇯 TAJIKISTAN#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/DH9c9GBJne— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2023
Sepanjang perlawanan berlangsung, struktur padang di SNBJ yang buat pertama kalinya menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia tampil dengan keadaan tidak memuaskan.
Selain tompokan-tompokan padang yang sedikit berlopak kerana rumput tercabut, ada situasi di mana ia menyukarkan kepada kedua pasukan untuk mengawal bola dengan lebih baik.
Situasi juga menyaksikan terjahan Corbin Ong di separuh masa kedua untuk menyelamatkan gawanh gol menyebabkan pasir turut berselerakan di udara bersama rumput yang tercabut.
Hadir dengan penjelasan, TMJ menyatakan padang di SNBJ itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk membuatkan akarnya lebih kuat daripada tercabut.
Malah, baginda juga membandingkan situasi padang di Stadium Sultan Ibrahim kini yang tampil dengan sangat baik selepas diberi tempoh penjagaan mencukupi sebelum digunakan.
“Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin.
“Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” terang TMJ menerusi akaun Twitter rasmi baginda.
Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni… https://t.co/QQJTvpXCLE
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2023
Pada masa sama, baginda juga baginda juga telah pun mengingatkan sehari sebelum perlawanan kepada semua yang bertanggungjawab mengenai akar rumput di padang tersebut sebenarnya masih belum kuat bagi digunakan secara rasmi.
“Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.
“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan,” ulas TMJ lagi.
Menerusi situasi kini, kebanyakan penyokong bola sepak tempatan mula bimbang jika keadaan padang mampu dipulihkan dengan lebih baik sebelum pusingan akhir Pestabola Merdeka berlangsung tidak berapa lama lagi.