Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah mencipta kejutan tempoh hari apabila mengumumkan akan mendaftarkan dirinya sebagai pemain dalam skuad JDT pada jendela perpindahan Liga Malaysia pada bulan Mei nanti.
Keputusan itu nyata mengejutkan ramai pihak. Begitu juga dengan kami!
TMJ berkata yang beliau sudah memperoleh apa yang baginda mahu dalam sukan lain seperti polo yang sudah lama diceburi baginda, jadi itu membuatkan baginda mahu menyertai bola sepak pula.
Tak kisah kena terjah
Di laman JOHOR Southern Tigers, TMJ ditanya adakah baginda tidak kisah sekiranya diterjah pemain lawan sekiranya beraksi dalam Liga Malaysia.
Kata baginda, beliau tidak kisah sekiranya pemain lawan hendak datang untuk menerjah baginda.
Namun begitu, baginda juga berkata yang baginda juga boleh menerjah pemain lain!
Hal ini kerana menurut TMJ, sewaktu baginda bermain untuk pasukan Askar Timbalan Setia Johor (JMF) baginda sering dikasari pemain lawan.
“Saya sporting, tetapi anda harus ingat yang saya juga boleh kasari pemain lawan. Haha!”
Adakah kita akan benar-benar saksikan TMJ beraksi untuk JDT pada musim ini?
Kalau benar, di posisi mana anda mahu lihat baginda beraksi?
Baca juga: Isu Jari Tengah, Syamim Yahya Mohon Maaf Di Instagram