Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meluahkan rasa sedih baginda berkenaan kehadiran jumlah penyokong di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos ketika perlawanan JDT menentang Terengganu FC pada 19 Julai lalu.
“Thank God I’m not the only one who realize this. Sad, but TRUE tulis baginda melalui satu muat naik di IG Story.
Turut terpampang di muat naik tersebut adalah kenyataan di Twitter dari Bali Football – sebuah media digital berasaskan bola sepak yang berpengakalan di Indonesia.
Dalam perlawanan menentang Terengganu FC yang merupakan perlawanan terakhir Liga Super Malaysia di stadium tersebut sebelum JDT berpindah ke Stadium Ibrahim pada musim hadapan, hanya kira-kira 13,000 penyokong yang dilaporkan hadir.
Majlis penyerahan yang disiarkan secara siaran langsung di TV9 itu turut menampakkan kekosongan di stadium.
Majlis penyerahan trofi kejuaraan turut diadakan sejurus selepas tamat perlawanan untuk menobatkan JDT selaku juara Liga Super buat kali ke-6 berturut-turut.
Ingat, jangan sesekali cepat berputus asa kerana 50% adalah lebih baik dari 100% tiada apa-apa. Apa yang penting adalah…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, July 20, 2019
Tanpa penyokong sedari mungkin, keadaan suasana stadium yang agak lengang ketika majlis penyerahan trofi adalah gambaran yang kurang enak di mata pemegang taruh, terutamanya penaja.
Skuad Harimau Selatan kemudiannya diarak ke Dataran JB untuk sambutan dan menghadiri program yang telah diatur untuk meraikan kejuaraan tersebut. Lebih daripada 5,000 penyokong pula telah menanti di sana untuk meraikan kejuaraan bersama pasukan kesayangan mereka.
Kehadiran penyokong yang terus ke Dataran JB untuk menghadiri sambutan susulan dikatakan adalah salah satu punca kepada penyokong yang tidak ramai ketika perlawanan dan majlis serahan trofi.