TMJ Lepas Jawatan Pengerusi Jika Pentadbiran MFL Distruktur Semula

Malaysian Football League (MFL) melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kevin Ramalingam mengesahkan jawatan Pengerusi MFL bakal dimansuhkan sekiranyanya cadangan penstrukturan semula pentadbiran badan pengendali bola sepak negara itu menjadi kenyataan.

Sebelum ini Kevin mengesahkan terdapat cadangan untuk berbuat demikian seperti yang terkandung dalam pelan tindakan MFL Next 50 yang dilancarkan pada 15 Julai lalu. Langkah tersebut dilihat bakal menjadikan MFL menjadi lebih inklusif untuk semua rakan kongsi yang lain.

Foto: Berita Harian

Cadangan itu turut disokong oleh Pengerusi MFL, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dilantik dengan sebulat suara oleh semua pemegang taruh pada Kongres tahun lalu.

Langkah ini bakal menyaksikan MFL tidak lagi ditadbir oleh seorang pengerusi, sebaliknya akan berada di bawah pimpinan beberapa Ahli Lembaga Pengarah. Cadangan untuk berbuat demikian bagaimanapun hanya boleh diteruskan selepas mendapat persetujuan 24 rakan kongsi dalam kongres tahunan yang dijangka akan diadakan pada September.

TM

“Agak mustahil untuk MFL beroperasi sekiranya terdapat persepsi negatif yang berterusan terhadap MFL jika mana-mana satu wakil dilihat mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding orang lain. Namun ini cuma persepsi kerana Pengerusi MFL (Tunku Ismail) tidak pernah menggunakan mana-mana kuasanya sebagai pengerusi untuk mempengaruhi sesuatu keputusan.

“Untuk makluman, ada beberapa kali Pengerusi MFL enggan mengundi dalam sesuatu mesyuarat dalam membuat keputusan. Ini untuk memastikan ahli lembaga pengarah dapat membuat keputusan dengan lebih bebas.

“Walaupun penstrukturan semula yang dicadangkan itu mungkin dianggap lebih adil bagi sesetengah pihak, realiti adalah bahawa MFL sebenarnya bertuah dan bernasib baik untuk mempunyai pimpinan TMJ di mana matlamatnya selalu menuju ke arah kebaikan liga Malaysia secara umum dan tidak pernah mengambil kira mengenai diri baginda sendiri,” ujar Kevin ketika menjelaskan mengenai penstrukturan tersebut.

Sebelum ini TMJ memberi bayangan untuk merujuk sebarang pertanyaan mengenai pengajuran pertandingan terus kepada MFL kerana beliau bukan lagi pengerusi badan tersebut. TMJ dilihat berkata demikian ketika menjawab salah satu cadangan dari penyokong bola sepak di akaun Twitter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN