Dalam satu perlawanan Piala EFL Carabao di antara Chelsea dan Nottingham Forest telah terpampang ucapan tahniah dariapda Stamford Bridge kepada pasukan JDT di atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super.
Baginda menafikan dakwaan beberapa pihak yang mendakwa baginda membayar papan iklan tersebut.
Sebelum ini baginda menerangkan JDT telah mendapat publisiti meluas di dunia apabila papan iklan elektronik EPL musim lalu mengucapkan tahniah kepada JDT.
“Baru-baru ini ada yang mengatakan nama Kelab Bolasepak JDT terpapar di LED board Stadium Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest telah dibayar.”
“Biar saya dedahkan pengalaman yang saya lalui selama ini tanpa mengeluarkan duit.”
“Datuk moyang saya, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar telah mendidik anak dan cucu cicit baginda tentang perhubungan diplomasi.”
“Dengan adanya perhubungan yang baik melibatkan dua pihak antara ketua pemimpin atau syarikat, kami boleh mencapai pelbagai perkara tanpa penglibatan duit.”
“Nama Kelab Bolasepak JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge, satu sen pun saya tidak bayar. Ia kerana mereka adalah sahabat saya.”
“Baru-baru ini sahabat baru saya iaitu Mr. Pairoj Piempongsant, daripada syarikat Carabao Co. Ltd ingin mengucapkan tahniah kepada saya dan JDT dengan meletakkan ucapan tersebut di LED board Stadium Stamford Bridge.”
“Selain itu, pada 23hb September 2017, sahabat saya dari King Power pula mahu mengucapkan tahniah kepada JDT di LED board Stadium Leicester City ketika menentang Liverpool.”
“Jadi, kepada anda semua yang mengatakan semua benda perlu menggunakan duit, ada perkara yang saya capai dengan duit dan banyak perkara saya capai tanpa mengeluarkan duit.”
“Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang ramai yang saya hormati sekalian.”
“Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik.”