TMJ: “Kelemahan KAFA Punca Kelantan Merosot, Jangan Tuding Jari Pada Orang Lain”

Dalam sesi forum Face Off yang berlangsung di Johor Bharu semalam, para panel menjawab isu kononnya FAM, FMLLP dan PFAM antara punca kejatuhan pasukan Kelantan.

Ahli panel juga menepis dakwaan yang menuduh FAM dan FMLLP sengaja mahu melihat pasukan Kelantan jatuh ke Liga Premier.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) jelas tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut. Beliau menyifatkan, kejatuhan pasukan Kelantan adalah kerana KAFA.

KAFA gagal di dalam pengurusan kewangan. Sebagai contoh, mereka ada RM10 juta tetapi berbelanjan RM15 juta.

TMJ percaya, salah satu sebab pemain gagal beraksi baik adalah kerana tidak dibayar gaji. TMJ berkata:

“Ianya ibarat ayah saya tak beri saya makan, saya lapar, kemudian salahkan orang awak (orang lain).”

Itulah senario yang berlaku dalam pengurusan Kelantan. Mereka telah gagal dalam asas pengurusan di mana aspek gaji adalah benda yang paling asas.

Pihak FMLLP dan KAFA bertemu di Damansara Perdana. Gambar: FMLLP

Presiden PFAM, Hairuddin Omar mengakui beliau kerap menerima mesej daripada pemain-pemain Kelantan yang mahukan PFAM membantu mereka untuk mendesak pengurusan pasukan Kelantan supaya gaji mereka dibayar.

Beliau juga memberitahu yang pihak FIFA sudah mengeluarkan arahan kepada KAFA agar membayar gaji Jonathan McKain yang masih tertangguh.

Hairuddin Omar meminta agar peminat Kelantan tidak menuduh PFAM sebagai ‘penjilat’ mana-mana pihak. Mereka hanya menjalankan tugas selaku Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional di negara kita.

CEO FMLLLP, Kevin Ramalingam juga menafikan pihak mereka meletakkan peraturan berbeza untuk Kelantan. Ini kerana semua pasukan dikenakan peraturan yang sama.

Beliau berkata:

“Tiada isu, peraturan berbeza untuk pasukan Kelantan. Jika pasukan lain boleh mengikuti syarat yang kita telah letakkan, kenapa tidak pasukan Kelantan.”

Kevin Ramalingam juga memberitahu yang pasukan Kelantan masih belum mengemukakan dokumen penuh yang diminta oleh FMLLP. Oleh itu, sehingga ke hari ini, mereka masih lagi dikenakan sekatan perpindahan pemain.

Kevin Ramalingam juga mengingatkan kepada semua pasukan untuk menyelesaikan perlesenan kelab menjelang 2018 atau pasukan mereka tidak layak beraksi di dalam liga.

Antara aspek yang diambil kira di dalam perlesenan kelab adalah penyata akaun kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN