TMJ: Kedah, Kelantan, Melaka, Penang Bayar Hutang Dulu Sebelum Potong Gaji

TMJ JDT

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim memberi peringatan kepada beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk membuat pemotongan gaji sebelum menyelesaikan perkara yang lebih utama.

Dalam kenyataannya yang disiarkan di akaun media sosial Johor Southern Tigers, TMJ menegaskan agar jangan bercakap mengenai pemotongan gaji sekiranya masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji dengan pemain.

Isu pemotongan gaji dalam kalangan pemain bola sepak kini menjadi topik utama yang dibincangkan dalam arena bola sepak di seluruh dunia selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan garis panduan mengenai perkara itu kepada semua pasukan bola sepak.

“Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini.

“Ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama, malah semua pemain bersedia untuk bekerjasama. Tetapi pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi alasan Covid-19 untuk memotong gaji mereka.” ujar pemilik Johor Darul Ta’zim itu.

Tambahnya lagi, kebanyakan pasukan bola sepak masih bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan negeri dan pasukan-pasukan ini sepatutnya tiada masalah untuk membayar gaji seperti biasa.

“Ini boleh diumpamakan seperti tidak memegang amanah dengan sewajarnya. Mana-mana pasukan tidak seharusnya membebankan kerajaan negeri.”

Perkara yang disuarakan oleh TMJ ini adalah selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh SemuanyaBOLA mengenai tiga kategori tahap kemampuan pasukan-pasukan Liga-M dalam isu pembayaran gaji sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) pada Ahad telah mengeluarkan kenyataan yang juga senada dengan peringatan TMJ dengan melatakkan dua syarat kepada pasukan sekiranya mahu melaksanakan pemotongan gaji ke atas pemain.

Syarat pertama adalah pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji sebelum pandemik COVID-19 bermula wajib menyelesaikan tunggakan gaji terlebih dahulu dan syarat yang kedua, rundingan serta persetujuan perlu dibuat secara individu dengan pemain, dan bukan dilakukan secara ‘pukul rata.’

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ dan isu pemotongan gaji:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN