TMJ Gesa Penyokong JDT Supaya ‘Mental Jangan Cepat Koyak’, Seru Terus Sokong Pasukan

“Kepada penyokong-penyokong JDT, selamat malam. Saya sayangkan anda. Farizal Marlias, saya bersama dengan anda. Lagi satu, mental jangan cepat sangat koyak. Baru kena ejek sikit, mental dah koyak,” nasihat TMJ dalam satu video yang dikeluarkan awal pagi tadi.

TMJ kemudiannya menyambung, “Ini (sambil menunjukkan dirinya) kena ejek berapa tahun dah. Tak lut. Jadi sentiasalah menyokong pasukan anda.”

Nasihat ini mungkin kedengaran biasa. Tetapi dengan meluasnya budaya trolling dikalangan majoriti peminat bola sepak tempatan, nasihat ini amat penting untuk penyokong-penyokong JDT.

“Jika itu penalti, akan ada 10 penalti dalam perlawanan tersebut”

Berikutan kekalahan JDT kepada Ceres Negros dalam perlawanan separuh akhir play-off zon ASEAN malam tadi, pasukan selatan Malaysia itu kini tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017.

Meskipun kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat, Ceres Negros mara atas jaringan tempat lawan.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan JDT dihukum oleh 2 insiden – penalti kontroversi pada minit 93′ dan kad merah Farizal Marlias. Dan kedua-dua insiden ini turut dibincangkan oleh TMJ dalam video tersebut.

Baca: JDT Disingkir Dari Piala AFC 2017 Oleh Ceres Negros Dengan Jaringan Tempat Lawan

Penaung JDT itu memberitahu Nelo Vingada turut berpendapat penalti yang dihadiahkan kepada Ceres Negros itu sebagai ‘soft penalty’.

“Jika bola tadi itu penalti, akan ada 10 penalti diberikan dalam perlawanan tersebut. Apapun perlawanan sudah tamat. Relaks!” ulas TMJ yang kelihatan berada dalam mood yang baik.

Gesa penyokong jangan ‘mudah koyak’

Dalam video tersebut, TMJ turut menenangkan penyokong-penyokong JDT supaya terus menyokong pasukan walaupun selepas kalah.

“Bukannya macam kita [JDT] tak menang trofi 24 tahun. Baru tahun lepas kita menang piala. Penyokong-penyokong pasukan lain pernah menang Piala AFC? Pernah masuk separuh akhir Piala AFC?” soalnya.

Baginda turut tampil memberikan sokongan terbuka kepada pemain-pemainya – termasuklah Farizal Marlias yang tidak mempamerkan semangat kesukanan apabila menolak dan membantah keputusan pengadil.

“Farizal Marlias, saya bersama dengan anda!” luahnya sebelum menutup pintu bilik tidurnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN