TMJ Gariskan Isu JDT Dan Harimau Malaya Dalam Sembang Santai

Semalam TMJ mengadakan satu sesi sembang santai bersama peminat-peminat JDT. Selain daripada baginda, Benjamin Mora, Alistair Edwards dan beberapa pemain JDT seperti Gabriel Guerra turut menjadi panelis.

Antara isu pertama yang diutarakan TMJ dalam sesi tersebut adalah sikap penyokong JDT yag seperti sudah menjadi penyokong lawan.

Menurut TMJ, beliau boleh menerima jika penyokong lawan tidak sukakan JDT. Namun baginda jelas kecewa apabila penyokong JDT sendiri yang bertindak terlalu kritikal dan terlalu emosi ke atas prestasi JDT.

Baginda juga murka dengan beberapa laman peminat JDT yang tidak rasmi yang suka memainkan sentimen membandingkan Mario Gomez dan Benjamin Mora.

Baginda turut menjawab kritikan Eric Williams ke atas Mora yang menyatakan, Mora mungkin tidak akan berjaya jika mengendalikan pasukan lain.

KetuaJurulatih JDT, Benjamin Mora. Kredit: Fourth Official

TMJ menyatakan ia perkara yang itu akan sama juga berlaku kepada jurulatih seperti Bojan Hodak, Mario Gomez, Fandi Ahmad dan bekas-bekas jurulatih JDT yang lain.

TMJ mencabar agar penyokong yang tidak sukakan Mora untuk menguruskan kelab ini dan melantik Mario Gomez. Baginda sedia berundur.

Pengurusan pasukan

Untuk pelan jangka panjang Baginda mahukan JDT memberikan lebih peluang kepada anak tempatan. Pemain seperti Hazwan Bakri diberikan kepercayaan.

TMJ agak sinikal dengan desas-desus yang mengaitkan JDT dengan penyerang Kelantan yang sedang hangat dalam Liga Super 2017 ketika ini, Mohamad Ghaddar. Baginda turut menggariskan bahawa Hadi Fayyadh akan diturunkan semula ke JDT II yang bakal dirombak semula.

Rozaimi Abdul Rahman dan Syahrul Azwari juga mendapat pujian daripada baginda atas persembahan yang memberangsangkan. Manakala Azinee Taib hampir pasti akan Melaka United.

Untuk isu berita angin yang mengaitkan kepulangan Jorge Pereyra Diaz ke JDT, baginda terus menyatakan JDT tidak ada kaitan lagi dengan Diaz.

TMJ juga dengan terbuka memuji aksi Afiq Fazail dan mengatakan ‘budak jambu’ ini adalah aset panjang dan terpenting JDT. Afiq telah menjadi pemain kesebelasan utama dalam skuad Mora pada musim ini.

Menjelaskan tentang pemilihan Amirul Hadi sebagai pemain kesebelasan utama, TMJ difahamkan Benjamin Mora tiada pilihan selepas pemergian Harris Harun disamping kecederaan yang sedang dialami Gary Steven Robbat.

Menurut Mora, hanya Amirul Hadi yang memiliki fizikal yang tinggi untuk bermain di tengah dalam usaha memastikan pasukan seimbang.

Baginda turut menjelaskan Yayasan JDT masih berhadapan dengan sedikit komplikasi. Namun baginda memberikan jaminan kewangan JDT musim ini stabil. Namun baginda mengakui dana tersebut kurang RM20 juta berbanding sebelum ini.

Bola sepak Malaysia

Seterusnya, baginda memberikan pembayang, pilihan utama FAM untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya adalah dari Portugal.

Baginda mahukan penyokong Harimau Malaya faham tentang ketenatan kewangan FAM yang ada.

Berdasarkan tinjauan kami 2 nama yang terus berlegar di kalangan peminat adalah sama ada Paulo Bento ataupun Ulisses Morais.

Baginda sendiri mendahulukan dana RM1.5 juta untuk menampung kos VAR yang akan digunakan pada musim akan datang.

Untuk Liga Malaysia, Baginda juga menngariskan akan cuba menjual hak penyiaran sekitar RM60 juta. Baginda menyeru agar lebih ramai jutawan yang terlibat dengan bola sepak.

Mesyuarat Exco FAM yang kedua akan dilangsungkan di Terengganu, ianya selepas mesyuarat pertama dilangsungkan di Sabah.

Video penuh anda saksikan di sini.

Baca juga: TMJ Bidas Penyokong JDT Yang Kuat Merungut, Ingatkan Tentang 24 Tahun Lalu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN