Sebentar tadi kerajaan pusat menerusi Pembentangan Belanjawan 2020 telah mengumukan peruntukan RM45 juta untuk bola sepak.
Angka itu akan dibelanjakan untuk pembangunan akar umbi ataupun untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Hasrat kerajaan adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti. Dan kerajaan sedar akan kepentingan pembangunan di peringkat akar umbi.
Angka itu jauh lebih tinggi daripada yang dibelanjakan oleh kerajaan sebelum ini. Di mana pada 2019, kerajaan pusat memperuntukka RM15 juta untuk NFDP.
https://twitter.com/NFDPOfficial/status/1182596550368747520
Lantas ada warganet ingin tahu berapa pula perbelanjaan oleh pengurusan JDT untuk bola sepak akar umbi mereka.
Pengguna twitter tersebut bertanya kepada TMJ: “Tuanku, berapa sebenarnya kos untuk program akar umbi di Johor Tuanku?”
TMJ dengan ringkas menyatakan bahawa pengurusan Johor Darul Ta’zim hanya RM2 juta untuk pembangunan akar umbi bola sepak di sekitar negeri Johor.
2.2million. https://t.co/FcSRpPsC4d
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 11, 2019
Kami percaya angka yang dimaksudkan oleh TMJ merujuk kepada RM2 juta setahun.
JDT komited dalam membangunkan bakat-bakat muda mereka untuk memastikan ada generasi pelapis kepada pemain senior, serta mengembangkan lagi karier mereka sama ada di JDT ataupun ke pasukan lain pada suatu hari nanti.