TMJ Kurang Berkenan Dengan Cuti Ogos Diberikan FMLLP

Presiden FAM, Tunku Ismail (TMJ) kurang bersetuju dengan cuti rehat liga yang diberikan oleh FMLLP pada Ogos.

Sebelum ini, FMLLP menyatakan mereka menerima cadangan daripada FAM berkenaan isu rehat Ogos. Ini selepas Datuk Ong Kim Swee meminta agar FMLLP memberikan cuti tersebut untuk membolehkan skuad B-23 tahun bersedia dengan Sukan SEA.

Dato’ Hamidin Mohd Amin antara yang berpendapat cuti Ogos ini penting untuk memastikan skuad Sukan SEA Malaysia ada masa yang cukup.

Ia juga dilihat langkah lebih adil kepada pasukan yang bersaing di Liga Malaysia di mana mereka kehilangan beberapa pemain tonggak yang menyertai kem Sukan SEA.

Sumber : FAM

Datuk Ong Kim Swee sukar mendapatkan pemain yang beliau mahukan kerana ada beberapa pasukan enggan melepaskan pemain kerana misi getir pada saingan akhir musim liga.

Bercakap kepada Bernama, TMJ berkata:

“Hanya negara kita sahaja yang menghentikan perjalanan liga semata-mata bagi memberi laluan kepada skuad muda negara.”

“Berbanding dengan negara lain namun mereka masih boleh meneruskan aksi liga seperti biasa dan itu adalah pandangan saya.”

TMJ juga meminta ada satu penyelesaian jangka panjang daripada pihak FMLLP berkenaan isu ini. Sebelum ini, baginda sudah menggariskan isu jadual liga.

TMJ sendiri mahukan FMLLP mendapatkan bantuan dan berbincang dengan pegawai teknikal seperti dari AFC untuk memastikan jadual liga disusun lebih cantik dengan mengambil kira kalendar antarabangsa.

Sebelum ini Liga Malaysia sudah berehat panjang untuk bulan puasa dan cuti Hari Raya.

Sumber:

Bernama – http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1379380

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN