TMJ Berkenan Menampung Kos Keseluruhan Pembedahan Adik Adra Medina

Sebelum ini, semuanyaBOLA ada menyiarkan artikel tentang pemain Perlis, Alafi Mahmud Perlukan RM100,000 Untuk pembedahan anaknya.

Pemain Perlis, Alafi Mahmud Perlukan RM100,000 untuk pembedahan anak beliau adik Adra Medina yang disahkan
menghidap penyakit jantung berlubang.

Untuk pengetahuan anda, adik Adra Medina merupakan anak kedua kepada ahli PFA Malaysia dari Perlis iaitu Alafi Mahmud.

Adik Adra memerlukan pembedahan sebanyak 2 kali dan kos rawatan susulannya mencecah jumlah RM100,000.

Selepas beberapa hari tabung bantuan dilancarkan hasil usaha pihak PFAM, akhirnya hari ini perkhabaran gembira diterima.

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang dijadualkan pada hari Sabtu ini (10 Jun 2017) di Institut Jantung Negara (IJN).

Tunku Ismail, Tunku Mahota Johor. Kredit: www.fam.org.my

Pihak PFAM juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada tangan-tangan yang telah sudi memberikan sumbangan kepada pihak Alafi Mahmud.

PFAM juga menyatakan yang dana pembiayaan untuk adik Adra Medina Medina sudah mencukupi. Namun begitu PFAM masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang masih mahu menyampaikan sumbangan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Eksekutif Pentadbiran PFAM, Cik Hanani di talian 017-722 0864 dan Eksekutif Komunikasi PFAM, Syamil Rosli di 014-548 7034.

Kami dari pihak semuanyaBOLA juga mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kemurahan hati baginda TMJ dalam membantu meringankan beban keluarga Alafi Mahmud.

Ini bukanlah pertama kali baginda membantu membiayai kos perubatan untuk pihak-pihak yang memerlukan bantuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN