TMJ Bakal Berganding Dengan Ronaldo Dalam Perlawanan Amal

Minggu lepas pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan satu perlawanan amal ‘All Star’ atau pun himpunan bintang-bintang membabitkan bekas-bekas pemain terbaik dunia akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Perlawanan membabitkan Pasukan Terbaik Dunia menentang Pilihan JDT itu dijadualkan akan berlangsung pada 30 Jun depan.

Malah, sebentar tadi JST turut mengumumkan nama-nama pemain yang akan beraksi dalam satu pasukan bersama Tunku Ismail iaitu Ronaldo, Robert Pires, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda serta dibantu oleh beberapa pemain JDT.

Turut beraksi dalam perlawanan itu tetapi dalam pasukan ‘JDT Rest Of The World’ ialah Louis Saha, Bebeto, Caniggia, Rivaldo, Edgar Davids dan Marquez bersama pemain serta pengarah teknikal JDT, Martin Prest.

Pemain berkelas dunia tersebut juga akan mengadakan sesi ’coaching clinic’. Selain itu, para penyokong JDT berpeluang untuk menemui bintang-bintang bola sepak dunia tersebut dengan mendapatkan autograf dan sesi bergambar.

Hasil kutipan dari perlawanan ini akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai harga tiket akan dimaklumkan melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN