TMJ Akan Umum Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tidak Lama Lagi

Selesai mesyuarat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama ahli gabungan dan wakil pasukan/kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia, Tunku Ismail Tunku Ibrahim, baginda turut menyentuh beberapa perkara yang sentiasa dinantikan oleh penyokong Harimau Malaya.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Presiden FAM, bertitah bahawa Baginda akan mengumumkan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Memetik berita Astro Awani, TMJ telah mengadakan pertemuan khas dengan individu berkenaan yang dilihat berpotensi untuk melatih skuad kebangsaan pada hari ini.

Tunku Ismail Tunku Ibrahim, Tunku Mahota Johor.

Tujuan perjumpaan semestinya untuk melihat kesesuaian individu tersebut untuk menerajui barisan kejurulatihan skuad kebangsaaan.

“Buat masa ini, saya sedang dalam perbincangan dengannya.Saya tidak akan dedahkan (siapa),” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan dengan anggota gabungan FAM mengenai perlepasan pemain untuk temasya Sukan SEA pada Ogos ini dan kejohanan bawah 22 tahun Piala AFC di Bangkok, Thailand.

Sebelum ini TMJ telah melupakan hasrat untuk melantik Mario Gomez sebagai jurulatih yang akan mengisi jawatan tersebut.

 

Mario Gomez / JDT – Kredit gambar : asiana.my

Ini kerana FAM tidak mampu menuruti tuntutan gaji Gomez yang melebihi budget FAM.

Kelayakkan Piala Asia

Kalendar antarabangsa menyaksikan Malaysia akan beraksi bertemu Lubnan pada 13.06.2017.

Perlawanan Pusingan Pertama menentang Korea Utara yang tertunda sebelum ini akan diadakan pada 8.06.2017 di gelanggang yang belum ditetapkan oleh AFC lagi.

Korea Utara membuat penampilan dalam Piala Dunia 2010.

Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakkan Piala Asia 2017 sepatutnya berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac yang lalu.

Ketegangan politik di antara dua negara menyebabkan kerajaan Malaysia tidak membenarkan skuad Harimau Malaya untuk berkunjung ke Pyongyang.

Sudah tentu perlantikan Ketua Jurulatih Harimau Malaya dalam masa tedekat adalah satu keperluan yang wajib diberikan perhatian oleh FAM.

SPRM Dan FAM Jalin Kerjasama

Dalam sidang media yang sama, TMJ turut menyatakan bahawa beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan di setiap gelanggang perlawanan, tempat latihan pasukan, pejabat FAM serta persatuan-persatuan negeri bagi membolehkan SPRM memantau gejala rasuah secara lebih dekat.

“Kita memberi kerjasama dan membuka pintu 100 peratus kepada SPRM untuk menjalankan tugas kerana maklumat yang saya dapat amat menyedihkan iaitu mengatur perlawanan masih lagi aktif dan besar dalam negara.

“Keutamaan haruslah untuk membanteras rasuah dalam bola sepak,” titah Baginda dalam sidang media tersebut.

3 pemain MISC-MIFA diiring pegawai penyiasat SPRM

Semua pegawai SPRM yang bertugas nanti dilaporkan akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Integriti FAM bagi memastikan Liga Malaysia bebas daripada amalan rasuah.

Liga Malaysia pernah dilanda gejala rasuah yang serius pada tahun 1994.

Tangkapan terhadap beberapa pemain MISC-MIFA pada awal bulan ini dan pembabitan bekas pemain kebangsaan di dalam gejala tersebut merisaukan ramai pengikut bola sepak Liga Malaysia.

Tindakan segera FAM dan SPRM dilihat sebagai satu usaha drastik agar gejala ini tidak berulang kembali.

Baca juga: Negeri Sembilan Singkirkan Sabah Dan Melangkah Ke Separuh Akhir Piala FA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN