TMJ Akan Ke Itali Untuk JDT Jalin Kerjasama Dengan Juventus

Satu perkara yang menarik mengenai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah kesungguhan yang dimiliki oleh kelab dari selatan tanah air ini untuk sentiasa melakukan penambahbaikan sesuai dengan keperluan semasa.

Disifatkan sebagai kelab atau pasukan paling konsisten di Liga Malaysia sejak lima tahun yang lalu – JDT yang berada di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) – tidak pernah mengenal erti ‘puas hati’, demi memastikan JDT bukan sahaja gah sebagai sebagai sebuah kelab bola sepak di dalam negara, malah sehingga turut mendapat perhatian dari luar negara.

Sumber: JST, Facebook.
Jalin kerjasama

Antara langkah oleh JDT yang diusahakan oleh TMJ untuk mengembangkan JDT sebagai sebuah kelab bola sepak tersohor di negara ini ialah dengan mewujudkan kerjasama dengan kelab-kelab besar dari Eropah.

Pada 2015 misalnya, JDT bekerjasama dengan kelab gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund untuk membangunkan beberapa aspek di dalam bola sepak termasuk perkara-perkara berkenaan taktikal, latihan, dan pembangunan pemain.

Seterusnya JDT mengumumkan kerjasama dengan kelab La Liga, Valencia C.F – apabila JDT menandatangani perjanjian dengan kelab dari Sepanyol itu pada 2017.

Antara usaha dari perjanjian bersama kelab La Liga tersebut ialah dua jurulatih dari Valencia ditempatkan bersama JDT untuk membangunkan jurulatih sedia ada di JDT selain penekanan turut diberikan kepada pembangunan bakat muda di negeri Johor.

JDT pandang ke Itali

Melalui kenyataan terbaru dari TMJ lewat malam tadi, baginda membayangkan JDT akan menjalinkan kerjasama dengan gergasi Serie A Itali, Juventus.

Untuk itu, baginda dijadualkan akan ke Itali pada Februari hadapan untuk pertemuan bersama pemilik Juventus, yang terdiri daripada keluarga Agnelli.


“Selepas berbual melalui telefon dengan sahabat baik saya Jorge Mendes, saya akan melawat Itali pada Februari untuk berjumpa dengan pemilik Juventus FC, yang dimiliki oleh keluarga Agnelli, untuk melakukan perbincangan akan potensi kerjasama di antara Johor Darul Ta’zim FC dan kelab gergasi Itali tersebut, Juventus,” titah baginda.

Jorge Mendes adalah seorang ejen terkenal di eropah yang memiliki hubungan baik dengan beberapa kelab eropah termasuk Juventus.

Antara nama-nama di dalam bola sepak yang berada di bawah naungan Mendes ialah Jose Mourinho, David de Gea, Diego Costa, James Rodriguez, Nani, dan juga Cristiano Ronaldo yang kini beraksi bersama kelab Itali tersebut.

Merupakan juara Serie A Itali sebanyak 34 kali – termasuk tujuh kejuaraan berturut-turut sejak musim 2011/12- Juventus juga pernah menjuarai kejuaraan UEFA Champions League sebanyak dua kali.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN