JDT memang dikenali dengan pasukan yang sentiasa memandang berat aspek kemudahan dan fasiliti mereka.
Mereka memiliki pusat latihan tertutup di Padang Seri Gelam yang sudah beberapa kali digunakan untuk latihan skuad kebangsaan.
Kini pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ataupun TMJ menyatakan projek seterusnya untuk JDT adalah pembinaan kompleks latihan yang serba lengkap.
Baginda mahu satu pusat latihan seperti mana yang dimiliki oleh Real Madrid.
Buat masa ini, JDT masih dalam proses untuk menyiapkan stadium baru kelab mereka. Apabila siap kelak, mereka akan memiliki stadium sendiri.
Dalam kenyataan di twitter rasmi baginda, TMJ menyatakan yang pusat latihan itu akan dibina bersebelahan dengan stadium baru mereka.
Ianya akan dilengkapi dengan pusat hidroterapi, sistem suhu yang boleh laras berdasarkan cuaca, gimnasium dan kelengkapan untuk latihan.
“Ini adalah pusat latihan Real Madrid.”
“Ini adalah projek saya yang seterusnya akan dibina di Johor untuk JDT, bersebelahan dengan stadium baru.”
“Ianya akan dilengkapi dengan pusat hidroterapi, ‘climate change’ , gimnasium dan kelengkapan untuk latihan.”
“Kesemua pasukan JDT akan diletakkan di satu lokasi, daripada akademi sehinggalah ke pasukan senior.”
This is Real Madrid's training ground. This is my next project to build in Johor for JDT next to the new stadium. Equipped with hydrotherapy, climate change, gymnasium & other training facilities. All JDT teams will be at one location, from the academy all the way to senior team. pic.twitter.com/fZJMMn0kvf
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 1, 2018
Berita ini menggembirakan ramai penyokong JDT yang menyokong usaha murni TMJ.
Real Madrid City ataupun Ciudad Real Madrid merujuk kepada kompleks latihan pasukan gergasi Sepanyol itu. Ianya antara pusat latihan yang sangat canggih.
Ianya digunakan sepenuhnya oleh Real Madrid pada 2005, menggantikakn kompleks Ciudad Deportiva.