Quantcast

LIGA MALAYSIA

TMJ: “Ada Pihak Dari Felda United Sendiri Beritahu, Tak Suka Bermain Di Jengka”

Dalam satu sesi dialog khas di antara TMJ dan wakil media, pengulas terkenal Tabah Syazwan sempat mengutarakan rungutan penyokong Malaysia ke atas FMLLP.

Tabah berpendapat, FMLLP sedang melakukan penambahbaikan, namun ada beberapa tindak tanduk mereka dalam pengrusan liga tidak disenangi penyokong. Contohnya perubahan jadual liga dan venue.

TMJ menjawab, buat masa ini, FMLLP baik-baik sahaja (ok) dan boleh diperbaiki lagi.  TMJ kemudian mengambil contoh ketika FMLLP menukar venue perlawanan Felda United dan JDT.

“Macam hari itu, tukar venue.. Felda (Utd) lawan JDT di Shah Alam. Kemudian, timbul pula teori konspirasi yang kita mahu mensabotaj.”

“Pihak Felda sendiri yang beritahu saya, ‘Tengku, kita sendiri pun tak suka bermain di sini. Stadium ini tengah-tengah hutan. Terima kasih, lagi bagus.'”

“Mereka berlatih di Kuala Lumpur, tetapi kena main di Jengka. Hotel paling dekat dengan stadium dalam 40 minit. Yang paling jauh 1 jam 20 minit.”

TMJ menyatakan dalam undang-undang AFC, tiada pasukan harus travel ke stadium lebih 30 minit.  Jadi, pada masa yang sama, hotel yang menjadi tempat penginapan biasa JDT secara kebetulan penuh.

Dari Kuantan, mereka harus menempuh perjalanan sejauh 1 jam 30 minit. Jadi ianya agak tidak adil. Dan pihak JDT meminta gelanggang neutral.

“Kalau dia (Felda) boleh block hotel yang berdekatan itu untuk satu musim bagi kesemua pasukan yang datang ke sana. Kami lebih daripada gembira untuk bermain di Jengka. Kita tak pernah kalah di Jengka.”

“Situasi yang sama, jika selepas ini Felda United gagal menyediakan hotel untuk Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia selepas ini, main dekat Shah Alam.”

“Itu adalah kemudahan yang harus disediakan oleh pasukan tuan rumah. Itulah pasal, siapa suruh bina stadium mahal-mahal di tengah hutan.”