Tite Sifatkan Vinicius Junior Layak Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Brazil

Brazil

Pemain remaja semakin meningkat naik, Vinicius Junior telah mendapat panggilan skuad kebangsaan Brazil buat pertama kali.

Beliau disenaraikan oleh ketua jurulatih, Tite bagi menghadapi dua perlawanan Chevrolet Brasil Global Tour menentang Panama dan Republik Czech pada 23 dan 26 Mac nanti.

Keputusan yang diambil Tite tidak perlu dipersoalkan apabila Vinicius jelas mempamerkan aksi matang serta menjadi sandaran buat Real Madrid ketika ini.

Menurut sumber Goal, Tite turut menyifatkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu sememangnya layak untuk dipanggil menyertai skuad Brazil.

”Saya terbuka untuk merintis kepada kemunculan bakat baru dan memberikan galakan kepada mereka.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Tite, Head coach of Brazil gestures during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

”Jika mereka bersedia berjuang untuk berada dalam pasukan yang cemerlang, secara teknikal dan emosi,”

”Ini yang menyebabkan dia (Vinicius Junior) dipanggil menyertai pasukan. Dia telah mengharungi sekitar 26 hingga 30 perlawanan dan itu adalah luar biasa, dengan persembahan yang telah dipamerkannya.”

”Analisis ini adalah kuantitatif tetapi juga kualitatif. Bagaimanapun kuantiti memberikan kami informasi. Dimana pemain yang mempunyai potensi dan menunjukkannya, akan dipanggil.”

”Walaupun kami hanya mempunyai sedikit masa untuk berlatih, saya mahu memberikan mereka peluang untuk berkembang dan meningkat.”

Dalam pada itu, pemain Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves kembali dipanggil buat pertama kali selepas mengalami kecederaan sebelum saingan Piala Dunia 2018 tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN