Tips Untuk Jadikan Rembatan Anda Lebih Padu & Kencang

Dalam bola sepak, pasti anda gemarkan gol-gol hasil rembatan kencang bukan?

Gol hasil dari rembatan kencang ini pasti akan memberikan kepuasan kepada mereka yang melakukannya jika ia berhasil. Tapi tahukah anda macam mana nak bagi rembatan anda lebih kencang lagi padu?

Kami sediakan beberapa cara untuk menjadikan rembatan anda lebih kencang.

Tenang

Untuk menghasilkan satu rembatan kencang, adalah perlu untuk anda tenang ketika melakukannya.

Pastikan badan dan fikiran anda berada dalam keadaan tenang dan tidak terganggu.

Gerak langkah

Kami mencadangkan anda untuk mengambil 3-5 langkah ke belakang dari lokasi bola itu berada. Tetapi, tidak menjadi masalah untuk anda mengambil langkah yang lebih jauh dari itu.

Sebaik sahaja sampai di 3 langkah yang terakhir, pastikan langkah anda itu ‘berkuasa’ dengan melakukan striding run.

Hal ini dapat memberikan kaki anda lebih kuasa ketika hendak melakukan rembatan.

Bahagian mana yang sesuai untuk dirembat?

Untuk menghasilkan satu rembatan kencang, merembat bola di bahagian tengah bola ataupun sedikit bawah dari bahagian bola.

Tetapi jika anda memilih untuk merembat sedikit bawah dari bahagian tengah bola, pastikan anda tidak merembat di bahagian yang terlalu bawah di bola tersebut. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan bola itu akan tinggi melayang.

Jika anda mahu menghasilkan rembatan kencang yang leret, anda boleh rembat bola tersebut di bahagian yang sedikit atas daripada bahagian tengah bola.

Nak pakai bahagian kaki yang mana?

Kita tidak boleh main bedal sahaja bahagian kaki yang mana untuk menghasilkan rembatan kencang. Pemilihan bahagian kaki yang betul akan menghasilkan rembatan kencang yang baik.

Oleh itu, terdapat 2 bahagian untuk menghasilkan rembatan yang padu lagi kencang. Satu daripadanya adalah di atas kaki di bahagian tali kasut.

Bahagian yang ditanda pangkah itu merupakan bahagian kaki yang sesuai untuk anda melakukan rembatan.

Rembatan di atas tali kasut ini akan menghasilkan rembatan yang kencang kerana di bahagian tersebut akan menghasilkan majoriti kuasa rembatan anda.

Satu lagi bahagian yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan bahagian yang sama di bahagian tali kasut, tetapi sedikit ke tepi di bahagian luar kaki.

Cara ini akan menghasilkan rembatan kencang tetapi mempunyai swing padanya.

Apa nak buat selepas rembat?

Selepas rembat, pastikan badan anda mendarat dengan baik agar tidak memperoleh kecederaan.

Caranya adalah memastikan kaki yang tidak anda gunakan untuk merembat sentiasa berada pada kedudukan menghala ke gol.

Selepas melakukan rembatan, adalah dicadangkan untuk anda melakukan sedikit loncatan untuk mengelakkan kaki anda daripada memperoleh kecederaan.

Latihan apa yang boleh kita guna untuk tingkatkan kuasa rembatan?

Terdapat beberapa jenis latihan yang boleh anda gunakan untuk memantapkan kuasa rembatan anda.

Salah satu caranya adalah melakukan front squat. Caranya adalah sama ketika anda melakukan senaman squat yang biasa, cumanya ia melibatkan beban.

Anda perlu memegang bar Olimpik yang seberat 20 kilogram untuk melakukan latihan squat ini.

Lakukan teknik ini sebanyak 5 hingga 8 kali.

Latihan kedua yang boleh anda gunakan adalah latihan lompatan kotak.

Dalam latihan ini, anda perlu berada dalam posisi seperti hendak sedang melakukan latihan squat iaitu quarter squat position.

Lompat ke atas kotak di hadapan anda, dan selepas melompat anda perlu turun dari tempat tersebut dalam keadaan mengundur.

Selepas undur, ulang semula latihan ini sebanyak 5 kali.

Terdapat 2 lagi jenis latihan yang boleh anda gunakan. Latihan yang dimaksudkan adalah single leg Romanian deadlift dan juga push press.

Untuk latihan single leg Romanian deadlift. Anda perlu mengangkat bar Olimpik seberat 20 kilogram yang diletakkan di atas lantai.

Kemudiannnya ada perlu mengangkatnya dengan dalam keadaan 1 kaki anda tergantung. Bar Olimpik itu kemudiannya perlu diangkat dengan tangan berkeluasan dada anda.

Lakukan latihan ini sebanyak 5 hingga 8 kali untuk setiap kaki.

Untuk latihan push press, ia adalah latihan yang hampir sama dengan disiplin seperti atlet angkat berat lakukan namun sedikit berbeza.

Caranya adalah, anda perlu mengangkat bar Olimpik ke para bahu dan kemudiannya turunkan badan anda ke posisi quarter squat position.

Berhenti sebentar dalam beberapa saat dan kemudiannya bangun semula sambil mengangkat tinggi bar Olimpik tersebut.

Ulangi latihan ini sebanyak 3-5 kali. Ia adalah untuk membantu anda mempunyai kooridnasi yang baik pada badan anda.

Sekian saja tips dari kami kali ini, anda ada tips lain? Kongsikan kepada kami!

Baca juga: Cara Memilih Stokin Yang Sesuai Untuk Digunakan Ketika Bermain Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN