Menjadi penjaga gol futsal bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana purata ancaman yang hadir adalah jauh lebih kerap. Berikut adalah beberapa tips yang kami kongsikan.
1. Kelengkapan
Dari segi pemakaian sarung tangan ia adalah atas keselesaan masing-masing. Namun kami sangat mencadangkan perlindungan lutut dan siku.
Ini kerana gelanggang futsal yang kerana dan penjaga gol futsal akan kerap menjatuhkan badan untuk menyelamatkan bola dalam permukaan gelanggang yang keras.
Bahagian lutut adalah bahagian ligamen yang agak sensitif. Banyak kecederaan penjaga gol futsal adalah melibatkan lutut.
Seterusnya, kami mecadangkan agar anda menggunakan baju yang lebih tebal. Sukan futsal adalah sukan yang lebih kepada sepakan kencang daripada sepakan yang mencari sudut gol.
2. Kawalan Ruang (Coverage)
Penjaga gol futsal akan menjaga gol yang 2 meter tinggi dan 3 meter panjang. Pastikan anda sentiasa berada di titik yang betul untuk tidak membuka ruang terlalu besar.
Untuk situasi seperti bertahan dalam sepakan penjuru. Penjaga gol futsal haruslah menjaga near post. Ini kerana near post yang terbuka boleh diancam dengan jaringan menerusi back heel flick oleh pihak lawan.
Seterusnya untuk berhadapan dengan sepakan penalti. Anda harus cuba melebarkan badan anda. Pastikan anda berada di titik tengah yang seimbang antara kiri dan kanan.
Seperti yang kami nyatakan di atas, pemain yang melakukan sepakan penalti biasanya lebih fokus kepada kelajuan bola berbanding dengan kualiti sudut sasaran. Ia dilakukan dari titik yang sangat dekat.
Jadi anda tidak perlu melompat terlalu jauh untuk merebahkan badan seperti pejanga gol bola sepak padang ketika anda cuba mematikan sepakan penalti yang dirembat ke bahagian sisi.
Biasanya penjaga gol futsal boleh menjangkau bola. Jadi perkara penting adalah banyakkan latihan untuk menajamkan refleks dan kekuatan tangan anda untuk menepis dan menangkap bola.
3. Mengambil Sepakan Percuma
Ini biasanya dilakukan ketika di kawasan sendiri. Pastikan anda boleh menyusun atur (organizing) posisi pasukan anda sebelum mengambil sepakan percuma.
Ia untuk mengelakkan bola dirampas dan pasukan anda dalam keadaan tidak stabil untuk bertahan ketika bola dikitar semula oleh lawan.
4. Menghadang (Block)
Salah satu aktiviti yang kerap dilakukan oleh penjaga gol futsal terutama dalam situasi 1 lawan 1. Perkara paling penting adalah anda harus tetapkan apa yang anda cuba lakukan.
Dalam futsal, anda harus lebih menggunakan otak berbanding dengan permainan fizikal yang agresif.
Jangan teragak agak. Untuk penjaga gol futsal yang baik, biasanya mereka akan cuba melambatkan dan menyukarkan pihak lawan melakukan cubaan.
Untuk penjaga gol futsal yang agresif mereka kadangkala cuba melakukan bentesan. Namun cara ini biasanya dimanipulasi oleh lawan dengan menukar arah mengejut.
Jadi, cara yang lebih efisien adalah cuba menutup ruang dalam situasin 1 lawan 1. Cuba buka posisi badan dalam keadaan yang ‘besar’.
Elakkan untuk berada dalam kedudukan terlalu rendah kerana ia akan berisiko untuk di-chip oleh pihak lawan. Pastikan kaki anda sentiasa bersedia daripada bola yang dirembat menerusi celah kelangkang.
5. Taktikal
Penjaga gol futsal lebih terlibat secara langsung dengan taktikal. Ini kerana jarak di antara pemain. Tidak lupa juga ada yang bermain flying goalkeeper.
Jadi, pastikan anda tahu segala jenis taktikal pasukan anda. Dengan vision yang luas di belakang anda boleh membantu memberikan arahan taktikal kepada rakan-rakan sekiranya anda melihat organisasi taktikal sudah berterabur.
Satu perkara yang paling mustahak adalah, anda perlukan perlindungan secara taktikal. Misalnya, anda tahu siapa yang akan mengejar lawan bila diserang balas.
Jika anda merasakan diri anda terlalu terdedah dan tidak dilindungi, anda boleh menjerit dari belakang dan meminta rakan anda positioning check. Jadi, anda perlulah ada commanding yang baik di belakang.
Rumusan
Tips kali ini lebih kepada taktikal untuk penjaga gol futsal. Jadi, kami harap ia dapat membantu anda dalam permainan futsal. Anda harus tenang dan reflektif.
Pada masa yang sama anda harus sentiasa pastikan diri anda sebahagian daripada organisasi taktikal. Jadi, anda tidak berseorangan secara taktikal.
Baca juga: Flying Goalkeeper Dalam Futsal, Pelan Tambahan Terbaik Atau Risiko