Sergio Aguero dilaporkan mengambil langkah drastik yang bakal mengejutkan ramai, apabila turut mahu meninggalkan Barcelona hanya selepas dua bulan menyertai kelab tersebut, berikutan pengesahan penghijrahan Lionel Messi semalam.
Malah bekas penyerang Manchester City itu dikatakan telah mengarahkan peguam untuk mencari cara keluar dari kontrak awal yang dipercayai telah ditandatanganinya.
Bukannya rahsia lagi Aguero sebelum ini memilih untuk menyertai Barcelona selepas kontrak bersama Manchester City tamat kerana mahu bergandingan dengan rakan baiknya, Lionel Messi.
Sergio Aguero wants to leave Barcelona this summer. He feels betrayed by the club, who promised him that he would play with Lionel Messi.
What a mess that club is in.
[@BlazquezFont] pic.twitter.com/JExCOxeMt4
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 6, 2021
Pemain itu sebelum ini turut menangguhkan sebelum menandatangani kontrak demi memastikan rakan senegaranya Messi kekal di Nou Camp. Walaupun sudah mencapai persetujuan secara lissan, Messi dan Barcelona memutuskan untuk membawa haluan sendiri semalam.
Keputusan itu menyebabkan Aguero yang kini berusia 33 tahun marah, kerana beliau dijanjikan akan beraksi di samping Messi, dan bahawasanya semua isu berkaitan kontrak Messi akan diselesaikan.
Akhbar Sepanyol, La Porteria berkata masa depan Aguero di Nou Camp kini mulai menjadi tanda tanya selepas apa yang berlaku dengan Messi.
Ketika sah menyertai Barca pada Mei, Aguero dipetik sebagai berkata: “Sudah tentu saya berharap akan beraksi bersama Lionel [Messi]. Saya amat mengenali beliau, kami adalah rakan baik.
Reports in Spain suggest that Sergio Aguero now wants to leave Barcelona. Incredible.https://t.co/m36MJuwtgH
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) August 6, 2021
“Apa yang berlaku kepada Leo adalah keputusan yang beliau dan pihak kelab untuk selesaikan. Ia adalah satu penghormatan beraksi di samping beliau. Saya beraksi bersama beliau di dalam skuad kebangsaan [Argentina].”
Perkembangan terbaru mengenai Messi yang disahkan sendiri oleh Barcelona melalui satu kenyataan rasmi telah mencetuskan perebutan di kalangan kelab-kelab untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.
Paris Saint-Germain dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan pemain tersebut dengan kontrak selama dua tahun dan pilihan lanjutan untuk tahun ketiga.
Khalifah Bin Hamad Al-Thani, yang mempunyai kaitan rapat dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan di Twitter pada Jumaat bahawa rundingan sudah selesai dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
7 Kelab Lain Yang Boleh Disertai Messi Selepas Meninggalkan Barcelona
Hubungan baik Messi dengan Neymar mungkin menjadi kunci utama pemain itu memilih ke Ligue 1 selepas Manchester City melalui Pep Guardiola mengesahkan pemain itu tidak berada di dalam perancangan mereka pada musim ini.
Pengurus PSG, Mauricio Pochettino pula enggan mengulas lanjut mengenai perpindahan Messi ke PSG.
“Saya belum lagi bercakap dengan [Messi]. Dan ia tidak bermakna Kylian [Mbappe] harus berpindah,” ujar Pochettino ketika sidang media menjelang perlawanan persahabatan menentang Troyes pada hujung minggu ini.
Pochettino bagaimanapun tidak menafikan dirinya mahu pemain dengan kaliber dimiliki Messi berada di dalam pasukannya untuk saingan musim akan datang.