“Tinggi & Kuat” – Antara Ciri-Ciri Bek Tengah Idaman Brad Maloney Menurut Quentin Cheng

Brad Maloney Quentin Cheng Malaysia B-22

Dalam perkongsian kepada The Star, Quentin Cheng memberi gambaran pengendali skuad B-22 negara, Brad Maloney mahukan bek tengah yang tinggi dan kuat bagi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 kali ini.

Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan J bersama-sama Thailand, Laos dan juga tuan rumah, Mongolia.

Dan menurutnya lagi, beliau bersedia beraksi di posisi tersebut sekiranya Brad Maloney mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam perlawanan nanti. Dengan kemungkinan Brad Maloney akan meneruskan sistem seperti Datuk Ong Kim Swee, Malaysia dijangka akan menggunakan formasi dengan tiga bek tengah.

Quentin Cheng beraksi di posisi bek sayap kanan bersama Penang FC dalam 22 penampilannya, sementara bersama skuad kebangsaan dalam debutnya baru-baru ini, beliau diturunkan sebagai pemain sayap kanan.

Dengan ketinggian hampir 1.9 meter dan bertubuh tegap, beliau berharap dapat memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Muda di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang membuka tirai pada 25 Oktober ini.

“Saya akan gunakan segala pengalaman ketika bersama Penang FC dan debut bersama skuad kebangsaan di Jordan baru-baru ini untuk memenuhi keinginan jurulatih [Brad Maloney],” ungkapnya tentang misinya.

“Dia mahukan seseorang yang lebih tinggi dan kuat [di bek tengah], jadi saya harap fizikal saya akan dapat membantu pasukan nanti. Saya juga tahu, dia sukakan pemain serba boleh, jadi saya juga akan cuba berikan semampu saya untuk memenuhinya,” tegas pemain kelahiran Australia itu yang semakin bersemangat.

Debutnya bersama skuad B-23 kurang memberangsangkan apabila mereka tersingkir awal daripada saingan Sukan SEA 2019 – yang membawa kepada pengunduran pengendali Kim Swee daripada posisi jurulatih.

Beliau tidak diturunkan dalam tiga perlawanan awal pertandingan dan hanya diturunkan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan selepas Malaysia sah tersingkir. Namun, ia pasti terpahat segar diingatannya apabila beliau berjaya meledak satu gol ketika skuad tersebut tewas mengejut 1-3 kepada Kemboja.

Kini, melalui musim cemerlang membantu Penang FC menamatkan musim di kedudukan ketiga Liga Super dalam musim pertama kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia, beliau kian bersemangat untuk beraksi.

Mengenai keserasiannya bersama rakan sepasukan, beliau tidak risau. “Saya pernah bersama majoriti daripada mereka kira-kira tiga tahun lalu, jadi keserasian bukanlah masalahnya,” jelasnya mengenai keserasian mereka.

Skuad negara akan berdepan Laos pada 25 Oktober, sebelum disusuli Mongolia (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.

Semua aksi skuad Harimau Muda akan ditayangkan dan boleh diikuti di saluran RTM Sports dan TV Okey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN