“Tinggal Bagi Saya Pen Je” – Martinelli Tak Mahu Fikir Panjang Nak Sambung Kontrak Dengan Arsenal

Gabriel Martinelli Arsenal

Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli berkata beliau hanya perlu disediakan sebatang pen sahaja untuk menandatangani kontrak baharu dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

3 tahun lalu, beliua hanyalah pemain remaja yang direkrut dari kelab divisyen keempat Brazil, tetapi kini merupakan salah seorang pemain penting di Emirates dan telah pun membuat lebih 100 penampilan untuk The Gunners.

Kontraknya kini hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi, tetapi mempunyai pilihan lanjutan selama setahun sehingga 2025. Tetapi Arsenal telah pun memulakan usaha untuk menyediakan kontrak baharu buat pemain berusia 21 tersebut.

Pada musim ini, prestasi Arsenal melonjak dengan ketara dan Martinelli merupakan salah seorang penyumbang utama pasukan dengan rekod lima gol dan dua bantuan jaringan daripada 17 perlawanan dalam semua pertandingan.

“Saya sangat gembira di Arsenal, saya dah ulang banyak kali. Ini adalah pasukan saya dan saya sangat gembira berada di sini, bandar ini, kelab ini dan apa sahaja tentang Arsenal,” ujar Martinelli.

“Jadi saya mahu terus kekal di sini, saya amat gembira. Mereka hanya perlu sediakan pen sahaja.”

Laporan media UK mendedahkan Martinelli yang kini menerima gaji sebanyak £70,000 (RM373000) bakal memperoleh kontrak yang menawarkan gaji lebih dua kali ganda iaitu sekitar £150,000 (RM800,000) atau mungkin lebih tinggi.

Arsenal kini sedang memimpin carta EPL dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar terdekat Manchester City dan turut mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Liga Europa (UEL) walaupun saingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan berdepan Zurich.

Namun skuad kendalian Mikel Arteta tersebut tidak boleh mengambil mudah kerana perlu berusaha untuk muncul juara kumpulan untuk terus ke pusingan 16 terakhir dan mengelak dari pusingan penentuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN